• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khazanah Mahu Raja Azmi Berundur?

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Peletakan jawatan Raja Azmi Raja Nazuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dipercayai ada kaitan dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Menurut sumber industri penerbangan yang enggan dinamakan berkata, hubungan buruk antara Raja Azmi dengan Khazanah yang merupakan pemegang saham utama dalam syarikat pengendali lapangan terbang itu adalah antara penyebab beliau meletak jawatan.

“Masalah gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ogos tahun lalu adalah satu daripada punca tetapi ada beberapa isu lain yang menyebabkan hubungan antara Raja Azmi dengan Khazanah tidak begitu baik,” katanya di sini semalam.

Semalam, MAHB mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai CEO Kumpulan bagi menggantikan Raja Azmi berkuatkuasa serta-merta.

Pada September lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan Khazanah masih mengkaji isu mengenai penjualan pegangannya dalam MAHB yang mempunyai nilai pasaran sebanyak RM4.83 billion pada Jun 2019.

Perkara itu dibangkitkan ekoran laporan sebuah akhbar yang menyebut Khazanah kini dalam proses mengakhiri penjualan pegangannya dalam MAHB kepada sebuah syarikat pengurusan lapangan terbang di London iaitu Lapangan Terbang Vinci & Gatwick. – Sinar Harian

Tags: khazanahMAHBRaja Azmi Raja Nazuddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembangunan Sabah Terjejas Semasa Shafie Menteri BN

Next Post

Majikan Dapat Pelepasan Cukai Bantu Bayar PTPTN Pekerja

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

Next Post

Majikan Dapat Pelepasan Cukai Bantu Bayar PTPTN Pekerja

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd