• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khazanah, KWSP Tak Terbabit Rancangan Jual PLUS

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemilik PLUS Malaysia Bhd. (PLUS), tidak dibabitkan secara rasmi oleh kerajaan dalam penjualan konsesi lebuh raya itu walaupun kerajaan dilaporkan telah mendapat tawaran beberapa syarikat.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata dari perspektif tadbir urus, sebarang keputusan membabitkan jualan atau pengambilalihan aset itu perlu dilakukan secara teratur menerusi pembabitan rasmi pihak pemegang kepentingan berkenaan iaitu Khazanah dan KWSP.

“Perkara itu tidak pernah dimulakan,” katanya kepada pemberita di luar Forum Integriti 2020 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) di sini, hari ini.

Khazanah yang juga dana kekayaan negara memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS menerusi anak syarikatnya UEM Group Bhd, manakala baki 49 peratus dimiliki oleh KWSP.

Selain itu, Shahril Ridza berkata, Khazanah dan KWSP tidak pernah menawarkan aset itu untuk dijual, malah tiada sebarang proses bidaan yang dilaksanakan pada masa ini.

“Apabila merujuk tawaran yang diterima, wujud sedikit kesilapan kerana tiada sebarang proses bidaan yang dilaksanakan atau wujud pihak pembida.

“Itu semua tawaran secara sendirian yang dikemukakan kepada kerajaan berbanding kepada pemegang saham semasa PLUS dan kami tidak terbabit dalam sebarang proses jualan aset berkenaan,” katanya.

Ditanya mengenai impak terhadap Khazanah dan KWSP sekiranya kerajaan memutuskan penjualan PLUS kepada pihak ketiga, Shahril Ridza berkata apa yang penting adalah untuk memastikan nilai munasabah aset itu dipertahankan.

“Atas alasan inilah kami tidak melayan sebarang tawaran sebelum ini…secara jujur, tawaran itu hanya merendahkan nilai (sebenar) aset berkenaan.”

Beliau bagaimanapun gembira kerana penilaian yang dilakukan oleh kerajaan menerusi sebuah bank pelaburan bebas, adalah seiring dengan nilai semasa PLUS.

“Saya amat gembira kerana secara dasarnya, kami berasakan nilai itu telah disahkan oleh perbankan bebas, baik dari pihak kami atau pun di pihak kerajaan,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Shahril Ridza berkata pemilik PLUS perlu menunggu keputusan dasar kerajaan yang akan dimuktamadkan menerusi Kabinet sebelum isu itu dipanjangkan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semalam berkata cadangan pengambilalihan PLUS dan empat lebuh raya milik Gamuda di Lembah Klang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok dengan pengumuman mengenainya dibuat selepas mesyuarat itu.

Tags: khazanahkonsesi lebuh rayaKWSPPLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd