• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Tommy Mengenai Video Seks Timbul Banyak Persoalan

oleh
12/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang peguam berkata, kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai klip video seks sejenis adalah tidak konklusif dan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, apabila peguam negara membuat kenyataan berhubung satu-satu keputusan, ia sepatutnya menyelesaikan isu berkaitan kes berkaitan.

Pada Khamis, Thomas berkata, beliau tidak akan membuat pendakwaan berhubung video berkenaan kerana tiada kemungkinan untuk mengenal pasti identiti individu terbabit melalui perisian pengecaman wajah kerana resolusinya yang rendah.

Haniff memberitahu FMT, ketika klip video tersebut mula-mula tular, bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz mengaku terbabit dengannya dan menuduh timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai individu pasangannya.

“Jika peguam negara tidak akan mendakwa mana-mana pihak kerana identiti mereka tidak dapat dikenal pasti, maka apakah keputusannya berhubung pengakuan Haziq,” soalnya.

Beliau berkata, Haziq boleh didakwa kerana membuat fitnah jenayah, dan sekiranya beliau terlibat dalam konspirasi jenayah untuk memfitnah, maka ia juga merupakan satu perbuatan jenayah.

“Hubungan seks luar tabii adalah satu kesalahan, dan sekiranya ia konsensual sekali pun, paling tidak Haziq harus didakwa,” katanya.

Haniff berkata, perkara sama terpakai ke atas pihak yang menyebarkan video tersebut, dengan menambah bahawa mereka boleh didakwa kerana konspirasi jenayah atau menyebarkan pornografi.

Semalam bekas perdana menteri, Najib Razak berkata, 3 keadaan sepatutnya berlaku selepas Thomas membuat keputusan untuk tidak membuat pendakwaan berhubung video tersebut, termasuk tindakan saman oleh Azmin terhadap Haziq.

Najib berkata, Haziq sepatutnya didakwa kerana membuat laporan polis palsu, selain pihak yang mengedar video berkenaan kepada orang ramai.

Memberi respons terhadap kenyataan Najib, peguam jenayah N Sivananthan berkata, Azmin tidak semestinya memfailkan saman fitnah terhadap Haziq kerana terserah kepadanya sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang sivil atau sebaliknya.

Beliau juga berkata, keputusan Thomas kerana kekurangan bukti tidak bermakna Haziq membuat laporan polis palsu.

“Sesiapa juga boleh membuat laporan polis, tetapi terserah kepada pihak pendakwaan sama ada mahu mendakwa seseorang suspek,” katanya.

Berhubung penyebaran klip video seks, Sivananthan percaya sekiranya Thomas mempunyai bukti mencukupi untuk mensabitkan orang yang didakwa, maka beliau akan membuat pendakwaan ke atas individu terbabit.

“Jika beliau tidak berbuat demikian, mungkin kerana tidak cukup bukti. Harus diingat bahawa anggapan awam mengenai bukti dan bukti dari pandangan undang-undang adalah 2 perkara berbeza.

“Tahap bukti bagi mensabitkan seseorang sangat tinggi. Peguam negara perlu memutuskan sama ada beliau mempunyai cukup bukti mengikut undang-undang,” katanya. – FMT

Tags: Haziq AzizMohamed Azmin AliSeks Luar Tabiivideo seks sejenis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Ditikam Jiran 10 Kali Dalam Lif

Next Post

Tiada Isu Lulus Peruntukan RM50,000 Sekolah Di Kimanis

Related Posts

Sultan Brunei Berkenaan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

Bekas Mudir Tidak Mengaku Lakukan Seks Luar Tabii

22/02/2024
0

BUTTERWORTH - Bekas mudir sebuah sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks luar...

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

13/05/2023
0

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah...

Next Post

Tiada Isu Lulus Peruntukan RM50,000 Sekolah Di Kimanis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd