• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Nur Dinie Damia Tiada Kaitan Influenza – MB

oleh
18/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal, sekali lagi menegaskan kematian murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain tiada kaitan dengan jangkitan influenza.

Penegasan itu dibuat berikutan kekecewaan keluarga Nur Dinie Damia yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas penafian kerajaan Johor dan Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap dakwaan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Skudai itu positif influenza.

“Kita berpandukan ujian data klinikal daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA) memang negatif. Jadi kenyataan kita berpandukan HSA.

“Kalau dari (hospital) swasta, saya tidak mahu komen,” katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Peringkat Johor anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan ujian sampel klinikal terhadap Nur Dinie Damia yang sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA adalah negatif bagi jangkitan influenza.

Dr. Noor Hisham dilaporkan berkata punca kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun itu kini masih dalam siasatan pakar forensik.

Punca sebenar kematian Nur Dinie Damia menimbulkan tanda tanya apabila EXCO Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Aman Rabu, mengesahkan kanak-kanak itu dijangkiti influenza pada sidang media di Jabatan Kesihatan Johor, Isnin lalu.

Bagaimanapun, Dr. Sahruddin pada sebelah petang pula dilaporkan berkata, ujian dijalankan pakar HSA mendapati Nur Dinie negatif influenza dan kritikal disebabkan kegagalan hati dan buah pinggang.

Nur Dinie, yang mengalami kegagalan buah pinggang dan hati, meninggal dunia di HSA pada 10.48 malam, Isnin lalu.

Dia sebelum ini mendapatkan rawatan di HSA sejak 10 Januari selepas disyaki dijangkiti influenza, namun disahkan negatif daripada penyakit itu petang Ahad.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Haji Sirat Darat, Kampung Kayu Ara Pasong, dekat Pontian, 10 pagi, Selasa lepas.

Dalam pada itu, Dr. Sahruddin turut menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan jangkitan influenza yang sedang melanda ketika ini.

Beliau berkata, influenza adalah satu penyakit yang biasa akan melanda terutamanya pada hujung tahun.

“Influenza ataupun selsema adalah kes yang biasa terutamanya pada November hingga Mac berikutan keadaan cuaca dan masyarakat kita akan melancong pada hujung tahun,” katanya. – BH Online

Tags: Kes Kematianmurid sekolahnur dinie damiaVirus Influenza
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zuraida Diberi 14 Hari Jelas Surat Tunjuk Sebab

Next Post

Teknologi 5G Tak Bahayakan Kesihatan

Related Posts

LHDNM (HASiL) Sumbang Kelengkapan 45 Orang Murid Sekolah Sekitar Keningau

LHDNM (HASiL) Sumbang Kelengkapan 45 Orang Murid Sekolah Sekitar Keningau

09/03/2023
0

Keningau, 9 Mac 2023 – Tanggal 19 Mac akan datang merupakan sesi baharu persekolahan bagi sesi 2023/2024. Sehubungan itu, Lembaga...

COVID-19: Kedah Rekod 309 Kematian Sejak Disember

23/03/2022
0

ALOR SETAR: Sebanyak 309 kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Kedah dalam tempoh hampir tiga bulan sehingga 15 Mac lalu, yang...

Next Post

Teknologi 5G Tak Bahayakan Kesihatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd