• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelemahan Kerajaan PH Punca Lantang Bantah Jawi

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Disebabkan kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), beberapa pihak mengambil kesempatan dengan menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan tulisan jawi di sekolah vernakular.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nazir Helmi mendakwa pelaksanaan jawi hanya tiga muka surat namun mereka dengan berani berterusan membantahnya.

Tanpa berselindung, beliau mendakwa DAP bahkan MCA menggunakan isu kecil tersebut untuk menarik undi masyarakat Cina.

“Masyarakat Cina yang saya kira masyarakat bijak atas bumi Malaysia ini, mereka berniaga dengan baik, membantu kaum Melayu dan India dengan baik dengan kekuatan ekonomi mereka.

“Tapi oleh kerana kerajaan yang begitu lemah pada hari ini, mereka telah mengambil kesempatan.

“Mereka menggunakan isu kecil ini untuk menarik perhatian golongan Cina untuk mendapatkan undi,” katanya ketika berucap di hadapan peserta Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong di sini semalam.

Turut hadir ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Mohd Zai Mustafa dan ratusan peserta himpunan.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan betapa tidak bermaruahnya golongan seperti itu kerana menggunakan isu tersebut demi kepentingan politik.

“Mereka tahu tak apa akibatnya? Kalau ini digunakan, ia akan menggugat perpaduan negara kita. Mereka mencucuk-cucuk, mereka menjentik-jentik, supaya kita ini dilihat tak bersama.

“Sedangkan setuju kalau saya kata kawan-kawan mahasiswa yang Cina dan India cukup baik dengan kita. Tapi mereka ini menggunakan kepentingan.

“Mereka menggugat keselamatan negara untuk memastikan mereka terus memerintah dengan fitnah dan penipuan di kalangan rakyat Malaysia,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Dong Zongpakatan harapanSekolah Vernakulartulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Reformasi Sistem Pilihan Raya Boleh Cetus Ketegangan Kaum

Next Post

PH Takkan Kitar Semula Manifesto Iktiraf UEC

Related Posts

Sekolah Vernakular Tidak Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

29/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

PH Takkan Kitar Semula Manifesto Iktiraf UEC

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd