• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Nafi Beri Kontrak Syarikat Berkait Dengan Serbuan Polis

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan tuduhan mengaitkan sebuah syarikat membekal barangan sukan diberikan kontrak, susulan penahanan 17 individu Isnin lepas yang turut melibatkan pegawai dari kementerian berkenaan.

KBS berkata, proses pemilihan syarikat dalam urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan di kementerian dilaksanakan mengikut tatacara perolehan bekalan atau perkhidmatan sejajar dengan arahan perbendaharaan oleh Kementerian Kewangan.

“Berkenaan dengan tuduhan bahawa syarikat GK Sports and Recreation Sdn. Bhd. mempunyai urusan terkini dengan KBS adalah tidak benar. Di bawah pentadbiran kerajaan baru tiada sebarang kontrak diberikan kepada syarikat tersebut oleh KBS.

“Di bawah kepimpinan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, tiada penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung dengan tatacara perolehan dan perkhidmatan di kementerian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, aktivis Asheeq Ali Sethi Alivi menggesa Syed Saddiq mendedahkan hubungan kementeriannya dengan syarikat berkenaan, selepas 16 daripada 17 individu yang ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Puchong, Kuala Lumpur pada Isnin lalu didapati positif dadah.

Sebuah portal dalam laporanya memetik sumber yang berkata, penahanan 17 individu itu dipercayai ada kaitan dengan usaha seorang ahli perniagaan yang cuba untuk mendapatkan kontrak lumayan daripada kerajaan dan didakwa menjadi dalang kepada “pesta” yang diserbu polis itu.

Pada masa sama, KBS turut memaklumkan pihaknya sentiasa terbuka dan menyerahkan urusan siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana pihak berkuasa lain yang bertanggungjawab.

Terdahulu, Syed Saddiq memberitahu pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada polis selepas dimaklumkan berkenaan penahanan pegawai kementeriannya pada awal pagi Isnin.

Katanya, semua orang tanpa mengira jawatan dan status adalah tertakluk kepada undang-undang. – FMT

Tags: KBSkes dadahserbuan polisSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd