• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Nilai Dedah Laporan RCI Wang Kelian

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kabinet akan membuat keputusan sama ada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis didedahkan kepada awam atau sebaliknya.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata laporan RCI berkenaan telah siap pada Jun tahun lalu dan akan dibentang di Kabinet pada minggu depan.

Beliau berkata, hasil RCI itu juga telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada awal September tahun lalu.

“Selepas diluluskan dan mendapat persetujuan Kabinet barulah kita boleh buat keputusan sama ada laporan itu boleh didedahkan kepada orang awam,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Penubuhan RCI berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lalu dan sesi pendengaran dibentangkan Pengerusinya, Tun Arifin Zakaria bermula 17 April tahun lalu di KDN selepas mendengar keterangan 48 saksi bermula 14 April tahun lalu.

Penemuan kem dan kubur yang menempatkan 139 mayat di kawasan itu dibongkar media tempatan dan terdapat 28 kem yang menempatkan mangsa pemerdagangan orang dijumpai di sekitar kawasan bukit berbatu di sepanjang sempadan Thailand di Bukit Wang Burma di Wang Kelian.

Lebih 100 rangka manusia juga ditemui di kawasan kubur itu, dipercayai etnik Rohingya.

RCI itu dianggotai oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai selaku Timbalan Pengerusi; bekas Ketua Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Noobahri Baharuddin; Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail; bekas Ketua Penyelidik Jabatan Peguam Negara, Datuk Junaidah Abd Rahman; bekas Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain; bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Dr. Tan Seng Giaw dan Yusran Shah Mohd Yusof selaku Setiausaha RCI. – BH Online

Tags: KDNlaporan RCIpemerdagangan manusiawang kelian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perjanjian China-AS Undang Risiko Besar Kepada Sawit Negara

Next Post

Tiada Tindakan Pengguna Pasang CRS Tak Ikut Piawaian

Related Posts

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian...

Next Post

Tiada Tindakan Pengguna Pasang CRS Tak Ikut Piawaian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd