• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kematian Coronavirus Di China Meningkat 213

oleh
31/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 213, selepas wilayah Hubei melaporkan 43 kematian terbaharu hari ini.

Angka terkini itu disahkan beberapa jam selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa coronavirus adalah kecemasan di peringkat global, selepas ia semakin merebak ke seluruh dunia.

Perangkaan terkini itu menandakan jumlah kematian semakin meningkat setiap hari, meskipun pelbagai langkah pencegahan dilaksanakan Hubei sejak seminggu lalu.

Semalam, pihak berkuasa kesihatan China melaporkan 38 kematian, termasuk satu di luar Hubei.

Hubei hari ini turut mengesahkan 1,220 kes terbaharu, iaitu peningkatan berbanding hari sebelumnya.

WHO sebelum ini tidak begitu memandang berat ancaman diberikan coronavirus, namun berubah fikiran selepas perbincangan lanjut semalam.

“Kita sekarang perlu menggembleng tenaga untuk memastikan ia tidak terus merebak. Ia hanya boleh dihentikan jika semua pihak memainkan peranan,” kata ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sesi taklimat di Geneva awal pagi tadi.

Tedros bagaimanapun berkata, larangan perjalanan dan perdagangan dengan China adalah tidak perlu untuk mengekang virus berkenaan yang kini sudah disahkan merebak ke lebih 15 negara seluruh dunia.

Kebanyakan negara sudah mengambil pendekatan menggesa rakyat masing-masing untuk tidak melawat China manakala sebahagian lagi bertindak melarang kemasukan pelancong dari Wuhan. – Agensi

Tags: Chinacoronavirushubeiwabakwuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd