• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JCorp Lantik Syed Mohamed Presiden, Ketua Eksekutif Baharu

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor Corporation (JCorp) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim sebagai presiden dan ketua eksekutif baharunya.

Dalam kenyataan kepada Bernama di sini, JCorp berkata, pelantikan berkuat kuasa semalam itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan susulan persaraan Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim pada 31 Disember 2019.

Syed Mohamed memiliki pengalaman dan kepakaran luas selama 34 tahun dalam bidang perbankan, korporat, pembangunan hartanah, teknologi dan strategi perniagaan.

Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya di dalam bidang Ekonomi (Ekonomi Analisa).

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal yang juga Pengerusi JCorp berkata, lembaga pengarah dan warga kerja Jcorp mengalu-alukan pelantikan Syed Mohamed.

Mereka yakin beliau akan terus memastikan kerelevanan dan kemampanan JCorp dalam melaksanakan peranannya sebagai agen pembangunan negeri selama lebih lima dekad, dipacu oleh misi Jcorp, Membina dan Membela.

Sebelum pelantikan itu, Syed Mohamed merupakan Pengerusi Perbadanan Pelaburan FELDA; Presiden dan Pengarah Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd; Pengerusi Encorp Bhd.; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd.; Ketua Pegawai Eksekutif TH Properties Sdn. Bhd. dan Pengarah Kumpulan DRB-HICOM.

Syed Mohamed memulakan kerjaya beliau di Bank Bumiputera (M) Bhd. dan Bank Rakyat sebelum menyertai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (kini JCorp) dari 1989 hingga 1993.

Beliau yang berusia 62 tahun itu kini turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Prasarana Integrated Development Sdn. Bhd. serta lembaga pengarah Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Tags: JCORPSyed Mohamed Syed Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Perlu Tetapkan Tarikh Peralihan Kuasa – Rafizi

Next Post

3 Warga AS Diarah Keluar Dari Sabah

Related Posts

Berita Jual Aset QSR Brands Hanya Spekulasi – MB Johor

02/12/2019
0

SKANDAR PUTERI - Johor Corporation (JCorp) telah meningkatkan pegangannya dalam QSR Brands (M) Holdings Bhd., yang mengoperasikan rantaian restoran KFC...

JCorp Diminta Kaji Dalam Risiko Projek Terlebih Dahulu

29/11/2018
0

JOHOR BAHRU – Johor Corporation (JCorp) dinasihati mengkaji secara mendalam terlebih dahulu mengenai risiko dan kesan jangka panjang sesuatu perniagaan...

Next Post

3 Warga AS Diarah Keluar Dari Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd