• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Influenza Jangkiti Pelajar Sekolah Meningkat Di 3 Negeri

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes wabak influenza melibatkan pelajar sekolah mencatatkan peningkatan di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

Di Pulau Pinang, Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, 161 pelajar membabitkan 77 sekolah rendah dan menengah dijangkiti wabak berkenaan hari ini, berbanding 142 orang di 70 sekolah semalam.

“Daripada jumlah itu, sembilan pelajar sedang menerima rawatan di hospital. Mereka yang tidak menerima rawatan di hospital dikuarantin di rumah masing-masing dan semua dalam keadaan stabil,” kata Abdul Rashid.

Di Perak, Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Suhaimi Mohamed Ali berkata 57 pelajar dijangkiti influenza berbanding 37 semalam.

Beliau berkata ia melibatkan 34 sekolah di lima daerah iaitu Manjung; Kinta; ​​​​​​Larut, Matang dan Selama; Bagan Datuk dan Perak Tengah.

Suhaimi berkata ia antaranya melibatkan 16 pelajar di Bagan Datuk termasuk di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (Semesti) yang ditutup sejak Isnin lepas sehingga Ahad ini.

Di Negeri Sembilan, jangkitan influenza turut merekodkan peningkatan kes kepada 22 berbanding 11 kes semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd Faid Rashid penambahan 11 kes berkenaan dilaporkan berlaku membabitkan murid prasekolah di Port Dickson.

Katanya, kes Influenza Like Illness (ILI) juga menyaksikan peningkatan daripada 106 kes yang direkodkan semalam kepada 112 kes hari ini.

“Bagaimanapun, situasi terkini bagi penyakit Influenza dan ILI di negeri ini dalam keadaan terkawal. Tiada sekolah ditutup dan tiada kematian dilaporkan,” katanya.

Di Selangor, Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Mahanom Mat Sam berkata 387 kes influenza melibatkan 149 sekolah direkodkan di negeri berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiada kelas mahupun sekolah di seluruh Selangor ditutup buat masa ini.

Di Johor kes influenza melibatkan murid dan pelajar sekolah kini direkodkan sebanyak 109 kes.

Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan berkata Johor Bahru merekodkan kes tertinggi dengan 46 kes, diikuti Batu Pahat (19) dan Kulai (16).

Di Melaka, Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Mohd Azam Ahmad berkata 31 kes direkodkan melibatkan 29 murid, seorang kanak-kanak prasekolah dan seorang guru perempuan sejak Isnin lepas, namun tiada sekolah ditutup setakat ini.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Low Chee Leong berkata bekalan vaksin influenza di hospital kerajaan di negeri itu mencukupi, dengan keutamaan suntikan vaksin diberi kepada pesakit berisiko tinggi.

Di Kuala Terengganu, tiada kes jangkitan baharu direkodkan setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Alias Razak.

“Selepas sembilan kes yang dilaporkan di Setiu pada 13 Januari lalu, tiada lagi kes baharu direkodkan sehingga hari ini,” katanya.

Di Pahang, 37 orang dijangkiti influenza membabitkan 24 sekolah di sembilan daerah di negeri itu sejak 7 Januari lalu, menurut Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Dr. Tajuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata ia membabitkan 31 murid sekolah rendah, tiga murid prasekolah, dua pelajar sekolah menengah dan seorang guru.

Tags: InfluenzaNegeri SembilanPerakPulau Pinangwabak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd