• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Harga Pengguna Naik 1% Bulan Disember

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Disember 2019 meningkat 1.0 peratus kepada 122.3 berbanding 121.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Kenaikan indeks keseluruhan ini adalah didorong oleh kenaikan indeks pelbagai barangan & perkhidmatan (2.4%), makanan & minuman bukan alkohol (1.7%), perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (1.7%), pendidikan (1.7%), komunikasi (1.5%),hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (1.4%) dan kesihatan (1.4%).

Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.2 peratus berbanding November 2019 disokong terutamanya oleh makanan & minuman bukan alkohol (0.5%) dan restoran & hotel (0.2%).

Sementara itu, IHP bagi suku tahun keempat 2019 meningkat 1.0 peratus kepada 122.1 berbanding 120.9 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

Bagi perbandingan suku tahunan, IHP meningkat 0.3 peratus berbanding suku tahun ketiga 2019, malah IHP bagi tahun 2019 mencatatkan peningkatan 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks kumpulan makanan & minuman bukan alkohol meningkat 1.7 peratus pada Disember 2019 berbanding tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya.

Kenaikan ini didorong oleh kenaikan subkumpulan sayur-sayuran (5.7%), ikan & makanan laut (2.5%), keluaran makanan yang tidak dikelaskan di mana-mana (1.8%) dan buah-buahan (1.4%).

Antara indeks barangan yang menunjukkan kenaikan harga di kebanyakan negeri adalah bawang kecil (30.7%), bawang putih (25.3%), bawang besar (21.7%) dan timun (19.7%).

Indeks Makanan di luar rumah meningkat 2.5 peratus pada Disember 2019 berbanding Disember 2018.

Kenaikan harga bagi nasi berlauk, makanan berasaskan mee dan ayam goreng telah menyumbang kepada kenaikan indeks bagi subkumpulan ini.

Menurutnya, tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.5%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.4%) dan Johor (1.1%) menunjukkan kenaikan melepasi paras IHP nasional 1.0 peratus pada Disember 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan makanan & minuman bukan alkohol.

Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Johor (2.5%) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.1%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.1%) iaitu melebihi paras nasional 1.7 peratus bagi kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol pada Disember 2019.

Tags: Indeks Harga Pengguna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Unjuran Inflasi Tahun Ini Dinaikkan

Unjuran Inflasi Tahun Ini Dinaikkan

26/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Indeks harga pengguna (IHP), penanda aras utama inflasi, bagi tahun ini telah disemak semula kepada lebih tinggi kepada...

Indeks Harga Pengguna Naik 2.2 Peratus Pada Mac Lalu

22/04/2022
0

KUALA LUMPUR - Indeks Harga Pengguna (IHP) bulan Mac 2022 meningkat 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd