• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Bawang Merah Masih Tinggi

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga bawang merah masih tinggi dan tidak berubah sejak beberapa bulan lalu, iaitu antara RM5.50 hingga RM6 sekilogram, sekali gus memberi kesan kepada pengguna dan peniaga.

Peruncit dan pasar mini mengakui terpaksa mengekalkan kenaikan sebanyak RM1 hingga RM1.50 yang berlaku bermula hujung tahun lalu, disebabkan bekalan bawang yang terhad.

Peniaga pasar, Jack Lim, 27, berkata harga bawang daripada pembekal sejak dua bulan lalu naik secara mendadak, sehingga dia terpaksa menjual pada harga yang lebih tinggi.

“Bawang terpaksa dijual dengan harga RM6 sekilogram, berbanding sebelum ini sekitar RM4.50 sahaja. Ramai pelanggan merungut mengenai kenaikan harga bawang ini,” katanya.

“Sekarang, saya kurang menerima bawang dari India, hanya terima dari Thailand, Pakistan dan China tetapi kualitinya tidak sama seperti bawang India,” katanya ketika ditemui BH.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail, dilaporkan berkata krisis bekalan bawang yang melanda negara ketika ini hingga harganya naik sehingga tiga kali ganda, dijangka pulih Februari ini.

Katanya, ia disebabkan kekurangan jumlah import bawang merah, terutama dari India susulan sekatan negara terbabit akibat banjir besar.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya bersifat sementara.

Sementara itu, pengurus sebuah pasar mini di Bangsar, Shafeeq Mohammed, 39, berkata harga bawang masih kekal, iaitu RM5.50 sejak November lalu.

“Setakat ini, kami memang tidak ada perancangan untuk turunkan harga. Harga yang kami jual tertakluk kepada kuantiti bawang. Jika bekalan mencukupi, mungkin akan turun.

“Pelanggan pun sudah kurang beli bawang berikutan kenaikan harga yang mendadak. Mereka selalu merungut dan tanya bila nak turunkan harga seperti sedia kala.

“Mereka kata bawang yang kami jual sekarang terlalu berair dan mudah rosak, tidak selaras dengan harga yang mahal. Saya pun perasan bawang tidak segar apabila tiba di kedai ini, mungkin sebab sudah lama,” katanya. – BH Online

Tags: harga bawang merahkenaikan harga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

McDonald’s Naikkan Harga Produk Di Jepun

McDonald’s Naikkan Harga Produk Di Jepun

19/06/2023
0

TOKYO: Pengendali restoran McDonald's di Jepun hari ini mengumumkan akan menaikkan harga di 184 cawangan di pusat bandar, atau kira-kira...

Pfizer Naikkan Harga Vaksin Covid-19

Pfizer Naikkan Harga Vaksin Covid-19

21/10/2022
0

NEW YORK: Firma Pfizer Inc menjangkakan akan meningkatkan sehingga empat kali ganda harga vaksin COVID-19 kepada kira-kira AS$130 (RM615) setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd