• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

G25 Promosi Pemikiran Sesat, Mengelirukan

oleh
12/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pemimpin PAS membidas kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 kerana mengkritik undang-undang murtad dan menuduh mereka cuba merosakkan akidah walaupun mempunyai ahli yang mengaku sebagai orang Islam.

Ahli Majlis Syura PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, pendirian G25 menolak hukuman atau tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang Islam menunjukkan mereka “sesat dan tersasar”.

“Sebaran pemikiran mereka juga bercanggah dengan peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama negara.

“Ia juga bercanggah dengan undang-undang negeri-negeri dalam Malaysia yang memperuntukkan hak dan kuasa kepada kerajaan untuk mengenakan hukuman dunia terhadap pesalah-pesalah agama,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Semalam, G25 berkata, pelbagai undang-undang di bawah kerajaan negeri yang menghukum individu murtad sama ada melalui denda, penjara atau pemulihan adalah tidak konsisten dengan perlembagaan persekutuan, yang menjamin kebebasan beragama.

Ia juga berkata, dari perspektif Islam, tiada sesiapa yang boleh dipaksa untuk mempercayai Tuhan dan terus memeluk agama Islam, walaupun menambah bahawa perbuatan meninggalkan agama itu adalah “sesuatu yang dikesali”.

“Namun jika dia terus meninggalkan Islam, itu adalah antara dia dan Tuhan. Tidak ada hukuman duniawi yang disediakan dalam Quran,” katanya dalam satu laporan bertajuk “Administration of Matters Pertaining to Islam”.

Khairuddin, yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, menghukum mereka yang melanggar undang-undang Islam adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kerajaan, termasuk untuk kesalahan seperti seks di luar perkahwinan, minum arak serta jenayah seperti membunuh dan mencuri.

Beliau juga mendakwa G25 cuba membuang agama daripada kehidupan manusia dan pengurusan negara, selain merupakan pemikiran yang sesat dan bahaya bagi umat Islam.

Beliau berkata, pandangan itu juga bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang negeri.

“Kerajaan persekutuan dan juga negeri di mana pemikiran mereka disebar dan diwacanakan perlu segera bertindak terhadap kumpulan ini yang dilihat semakin berani mempromosi pemikiran songsang mereka,” katanya. – FMT

Tags: G25islamMurtadPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd