• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coronavirus: Selidik Maklumat Sebelum Sebar – Mufti WP

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi mengawal penularan coronavirus baharu (2019-nCoV) di negara ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata masyarakat juga diminta mematuhi nasihat pihak berkuasa.

Pada masa sama, katanya, masyarakat perlu bersama-sama menjadi ejen membanteras berita palsu yang kebelakangan ini banyak disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi pesanan ringkas.

“Tanamkan disiplin dalam diri untuk menyelidik terlebih dahulu setiap berita yang diperoleh di media sosial.

“Lazimilah solat hajat dan doa munajat kepada Allah SWT dengan doa yang ma’thur sebagaimana yang dibacakan oleh Rasulullah SAW,” katanya dalam penulisan Bayan Linnas yang dimuat naik di laman web rasminya, hari ini.

Dalam artikel itu juga, Zulkifli turut menyenaraikan lapan nasihat yang diharap menjadi panduan kepada masyarakat dalam berdepan ancaman penularan 2019-nCoV.

Antara nasihatnya, masyarakat perlu ‘tabayyun’, iaitu menyelidik kesahihan setiap maklumat yang diperoleh dan mengambil langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri dan tidak berada di tempat yang berisiko tinggi serta mengucapkan Istirja’.

Orang ramai juga diminta menjaga kesihatan dan kebersihan yang juga satu perkara yang diperintah syarak.

Selain itu beliau turut menjelaskan kerajaan boleh mengambil tindakan kuarantin bagi memastikan penyakit atau wabak tidak tersebar. – BH Online

Tags: 2019-nCoVcoronavirusZulkifli Mohamad Al-Bakri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Zulkifli Perjelas Isu Hadis Sultan Merupakan Bayangan ALLAH

04/06/2021
0

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta orang ramai...

Saintis China Bincang Senjatakan Koronavirus Sejak 2015

11/05/2021
0

Saintis China Bincang Mensenjatakan Koronavirus Sejak 2015

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd