• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buku Harapan Tak Halang PM Jadi Menteri Pendidikan

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menolak anggapan bahawa Buku Harapan yang merupakan manifesto Pakatan Harapan (PH) menghalang perdana menteri daripada memegang jawatan portfolio lain.

Haniff, yang memberi respons kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, pembacaan biasa buku tersebut di bawah Janji 12 menunjukkan perdana menteri adalah “diharamkan” daripada memegang jawatan menteri kewangan semata-mata, bukan portfolio lain, walaupun ia tidak digalakkan.

“Rujukan kepada Buku Harapan di bawah Janji 12 mengehadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri dan menstruktir semula Jabatan Perdana Menteri.

“Perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan menteri kewangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Dr. Mahathir Mohamad tidak dihalang daripada memegang jawatan menteri pendidikan, apatah lagi dalam kapasiti sebagai pemangku menteri.

Syed Husin berkata semalam, Mahathir sekali lagi membuat keputusan memalukan apabila secara terang-terangan melanggar janji manifesto PH dengan membuat keputusan memangku jawatan menteri pendidikan.

“Dahulu dia sudah ambil jawatan menteri pendidikan, kemudian dia tarik diri sebab melanggar manifesto dan ditentang parti serta orang awam.

“Jadi apa yang dibuatnya hari ini adalah dia melanggar sekali lagi apa yang sudah dilanggar sebelum ini,” katanya semalam merujuk kepada kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang memaklumkan keputusan Kabinet melantik perdana menteri sebagai pemangku menteri pendidikan berkuat kuasa 3 Januari.

Haniff berkata, Syed Husin harus membaca dan menghayati kandungan sebenar Buku Harapan sebelum membuat kenyataan tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat

“Kenyataan tidak tepat dan khilaf yang menjurus kepada tohmahan salah ini datangnya daripada seorang pemimpin parti gabungan dalam PH,” katanya.

Minggu lepas, ketika mengumumkan melepaskan jawatan sebagai menteri pendidikan berkuat kuasa 3 Januari, Maszlee Malik berkata, beliau membuat keputusan itu berdasarkan nasihat perdana menteri. – FMT

Tags: Mahathir MohamadMenteri PendidikanPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bertegas Dengan Pihak Yang Cetuskan Ketegangan

Next Post

Bahaya Pemberian PSS Rujuk Insiden Lahad Datu

Related Posts

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

15/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Satu perkhabaran baik untuk rakyat berkaitan barangan makanan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Next Post

Bahaya Pemberian PSS Rujuk Insiden Lahad Datu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd