• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Aman Teliti Laporan Komplot Jenayah Terhadap Latheefa

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis akan meneliti intipati laporan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujud komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi suruhanjaya itu serta Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya perlu mengkaji dahulu laporan itu sebelum apa jua tindakan diambil pihak polis.

“Apa intipati laporan perlu dikaji dahulu dan kami (polis) akan respons (ambil tindakan) selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 16/2020 bersempena Tahun Baharu Cina di Persada PLUS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis dibuat Pegawai Khas Undang-Undang kepada ketua pesuruhjaya SPRM, Sasha Lyna Abdul Latif di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.

Semalam, Latheefa dalam kenyataannya berkata laporan polis itu dibuat bagi menghantar satu mesej jelas kepada dalang di sebalik komplot itu yang beliau tidak tergugat atau terancam dalam melaksanakan tugas sebagai ketua pesuruhjaya SPRM.

Latheefa berkata, beliau akan meneruskan tugasnya untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah walaupun berdepan pelbagai cabaran seperti serangan peribadi dan ugutan terhadapnya.

Pada 8 Januari lalu, SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.

Mengulas rakaman audio yang didedahkan SPRM, Mazlan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut berhubung kes itu.

Tags: Bukit AmanLatheefa KoyaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd