• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Kapsul 25 Tahun

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPENA tahun baharu 2020 semalam, genaplah 25 tahun usia Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, sekali gus detik bersejarah buat Putrajaya yang menyambut Jubli Perak.

Justeru, kemeriahan sambutan berkenaan akan diraikan sepanjang 2020 dengan pelbagai acara, program serta pengisian yang dibawakan khas bermula Januari ini.

Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Perak Putrajaya disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Putrajaya, Presint 3, iaitu tokoh bertanggungjawab membuka Putrajaya 25 tahun lalu.

Kemuncak sambutan adalah pada 29 Ogos 2020 yang mana Kapsul Masa ditanam sendiri oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos 1995 iaitu 25 tahun lalu akan dikeluarkan dan dibuka.

Menerusi ucapan ringkasnya, beliau melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan menyaksikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang mencecah usia 25 tahun.

“Saya amat gembira kerana dapat juga melihat Putrajaya ini berumur 25 tahun. Sebenarnya saya tidak mimpi untuk lihat acara seperti ini.

“Tetapi kerjasama, perpaduan kestabilan dan keamanan negara ini sehingga dapat kita bangunkan sebuah ibu kota pentadbiran yang gilang-gemilang. Sayangilah Putrajaya dan sayangilah Malaysia negara kita bersama,” katanya, kelmarin.

Acara berkenaan dihadiri puluhan ribu pengunjung yang menanti detik sambutan kemuncak tahun baharu 2020.

Bertambah meriah, sambutan berkenaan menjadi penutup tirai kepada Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2019 yang dianjurkan selama empat hari bermula 28 Disember lalu.

Pada masa sama, Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali meluangkan masa kira-kira sejam di acara berkenaan serta menyaksikan projeksi pemetaan cahaya mega dipaparkan pada bangunan Istana Kehakiman.

Bagaimanapun, beliau dan isteri tidak menyertai detik kiraan ambang tahun baru 2020 kerana perlu menghadiri acara sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Oleh kerana saya terpaksa beredar untuk melihat satu lagi acara di Dataran Merdeka. Saya ingin ucap selamat tahun baharu kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Acara itu turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim. – myMetro Online

Tags: kerajaan persekutuanMahathir MohamadPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

06/09/2025
0

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan semula tampuk kuasa di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)...

Subsidi Diesel: Armizan Sahkan Antara Disaman Termasuk PM, Kerajaan Persekutuan

Subsidi Diesel: Armizan Sahkan Antara Disaman Termasuk PM, Kerajaan Persekutuan

12/10/2024
0

KOTA KINABALU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan menerima writ saman daripada dua individu berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd