• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahaya Pemberian PSS Rujuk Insiden Lahad Datu

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein malam tadi mengingatkan tentang bahaya pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) kepada pendatang dengan merujuk kepada insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013 sebagai contoh penting.

Pemimpin UMNO itu berkata, PSS berkait rapat dengan isu keselamatan negara dan keselamatan Sabah akan terancam sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan baik.

“Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa masalah keselamatan yang dialami negara dalam peristiwa berdarah di Lahad Datu. Jika tidak wujud proses tapisan yang betul atau struktur yang terancang, kita mungkin akan menyedari kesannya terlalu lewat,” katanya kepada pemberita selepas berceramah di Kampung Sinar Baru di sini, semalam.

Antara portfolio yang pernah dipegang oleh Hishammuddin semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) ialah sebagai menteri dalam negeri dan menteri pertahanan.

“Saya bimbang sekiranya keputusan dibuat tanpa kajian terrperinci, ia akan memberi kesan yang sangat berbahaya kepada Sabah,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri menyebut terdapat sebanyak 136,055 orang pemegang IMM13, Surat Burung-burung dan Sijil Banci yang layak diberikan PSS di Sabah.

Hishammuddin menafikan PSS diluluskan semasa pentadbiran BN dengan berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Warisan hanya mahu menyalahkan bekas kerajaan itu.

“Jika BN memulakannya, sudah tentu ada bantahan dan kesan negatif pada waktu itu. Bila keadaan tidak memihak kepada mereka, mereka salahkan kita.”

Pada 10 Januari, Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal berkata Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin sendiri akan mengemukakan bukti bahawa PSS merupakan idea BN.

Hishammuddin berkata, “dengan membawa masuk Muhyiddin dalam perdebatan ini, apakah anda fikir ia akan meyakinkan rakyat Sabah? Tidak.” – FMT

Tags: pas sementara sabahpencerobohan lahad datuPRK Kimanis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Rekod Keterangan Mohamaddin Selepas PRN Sabah

24/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis akan merakam keterangan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi bagi membantu siasatan susulan kenyataannya...

72 Laporan Polis Isu Sandiwara Lahad Datu

23/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kenyataan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa pencerobohan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd