• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Kerah 6 Pesawat Pengebom Ke Diego Garcia

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) mengerah enam pesawat pengebom, B-52 ke sebuah pulau di Lautan Hindi, Diego Garcia berikutan peningkatan ancaman daripada Iran selepas serangan udara yang diketuai AS mengakibatkan komander tentera elit Iran, Qassem Soleimani terbunuh, lapor Fox News.

Langkah tersebut merupakan usaha terbaharu para pegawai tentera AS untuk mempertingkatkan sumber-sumber berhampiran dengan Timur Tengah selepas militan Kataib Hazbollah memberi bayangan terhadap kemungkinan serangan balas dilakukan kerana kematian Soleimani.

Pesawat B-52 dilaporkan berlepas dari Pengkalan Tentera Udara Barkdale di Louisiana ke Diego Garcia yang terletak 3,701 kilometer di lokasi paling selatan di Iran.

Data yang menjejak pergerakan pesawar pengebom, B-52 yang menuju ke Pulau Diego Garcia di Lautan Hindi.

Setiap pesawat mempunyai lapan enjin dan ia direka untuk membawa senjata besar termasuk peluru berpandu, bom kawalan laser, bom konvensional dan bom graviti nuklear.

Pada Mei lalu, tentera AS telah menghantar sebuah pesawat pengebom ke Qatar namun pesawat tersebut meninggalkan negara itu beberapa bulan selepas itu, kata seorang pegawai perftahanan AS.

Pesawat pengebom, B-52.

Semalam, Setiausaha Pertahanan, Mark Esper dan Pengerusi Ketua Staf Bersama, Jeneral Mark Milley cuba menghapuskan kekeliruan mengenai sepucuk surat yang tersebar menyatakan tentera Iraq akan berundur dari rantau itu sehari selepas Ahli Parlimen Iraq meluluskan resolusi yang menggesa pengusiran tentera AS dari negara itu.

Kedua-dua Esper dan Milley menyifatkan surat yang tidak ditandatangani itu sebagai satu kesilapan dan berkata, AS tidak berhasrat untuk mengundurkan tenteranya dari Timur Tengah ketika ketegangan memuncak.

Milley memberitahu wartawan bahawa tentera AS membawa masuk tentera dari Kuwait dan memperketatkan perlindungan helikopter di Iraq, khususnya di kawasan zon hijau, yang telah dibom dengan serangan roket sejak tiga hari lalu. – Agensi

Tags: Amerika Syarikatdiego garciaIranSerangan Udara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Isytihar Semua Pangkalan AS ‘Sasaran Sah’

Iran Isytihar Semua Pangkalan AS ‘Sasaran Sah’

04/01/2026
0

TEHERAN – Iran mengisytiharkan semua pangkalan dan pasukan tentera Amerika Syarikat di rantau Asia Barat sebagai 'sasaran sah', sekali gus...

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

02/01/2026
0

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd