• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

90,000 Orang Dijangkiti Koronavirus Di China?

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang jururawat yang bekerja di sebuah hospital di Wuhan mendakwa jumlah sebenar pesakit yang dijangkiti koronavirus di China mencecah 90,000 orang.

Angka tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding dikeluarkan pegawai kerajaan sebanyak hanya 1,975 kes.

Menerusi video berdurasi 4 minit 39 saat itu, jururawat wanita yang lengkap memakai baju pelindung dan topeng muka turut memberi amaran kepada semua individu di seluruh dunia yang menonton video tersebut supaya tidak keluar rumah dan menyambut Tahun Baru Cina.

“Saya berada di kawasan di mana koronavirus bermula. Saya ingin memberitahu perkara yang sebenar.

“Ketika ini, wilayah Hubei termasuk Wuhan dan di China sendiri, seramai 90,000 orang telah dijangkiti koronavirus. Kepada semua yang menonton video ini, jangan makan di luar, jangan berparti.

“Kita menyambut Tahun Baru Cina sekali setahun. Jika anda selamat sekarang, anda boleh bersama keluarga tahun depan dalam keadaan sihat,” katanya.

Dalam video berkenaan, wanita tidak bernama itu turut membuat rayuan terdesak untuk bekalan beberapa item penting.

“Kami tidak peduli apa yang dikatakan kerajaan, saya akan beritahu melalui media sosial. Tolong bantu kami sumbangkan barangan pakai buang seperti gogal, topeng muka dan pakaian. Sumber kami sangat tidak mencukupi,” rayunya.

Kenyataan membimbangkan daripada jururawat tersebut dibuat sehari selepas Presiden China, Xi Jinping memberi amaran tentang situasi genting di mana wabak koronavirus merebak dengan cepat.

Video tersebut ditonton lebih dua juta kali di laman perkongsian video YouTube sebelum ia dipadam tidak lama kemudian.

Jika sebelum ini China dipuji kerana ketelusannya dalam menguruskan situasi genting itu, namun kini kerajaan dikritik kerana pegawai seolah-olah menyekat video di internet yang mendedahkan keadaan sebenar.

Pengkritik juga mendakwa ramai pakar kesihatan yang boleh memberi amaran kepada kerajaan pada tahap awal bahaya koronavirus telah ditahan atau penyelidikan dihentikan kerana mereka tidak bekerja di China.

Hari ini, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Kesihatan China juga menambah peruntukan kepada SGD11.8 bilion (RM35 bilion) untuk membendung penularan koronavirus. – Agensi

Tags: Chinakoronaviruswabakwuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd