• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kes Baru Positif Koronavirus Di Singapura

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Dua lagi mangsa disahkan positif Koronavirus di Singapura, menjadikan jumlah kes di negara ini meningkat kepada tiga.

Pesakit terbaharu itu termasuk anak lelaki kepada seorang lelaki berusia 37 tahun yang menjadi kes pertama virus itu, kata Kementerian Kesihatan.

Kes kedua disahkan ke atas seorang wanita berusia 53 tahun dari Wuhan yang tiba di Singapura menaiki pesawat Scoot pada jam 5.30 pagi pada 21 Januari lalu selepas di kesan mengalami demam dan batuk.

Wanita itu kini menerima rawatan di Hospital Raffles pada hari berikutnya dan kemudian dipindahkan di Jabatan Kecemasan Hospital Tan Tock Seng. Beliau kini diasingkan.

Kementerian Kesihatan dimaklumkan tentang kes tersebut pada jam 3 pagi semalam dan wanita itu kemudiannya disahkan positif virus tersebut.

Wanita itu tinggal di J8 Hotel dan melawat Orchard Road, Marina Bay Sands dan Gardens by Bay, kata Kementerian Kesihatan.

Dia kini ditahan di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit dan berada dalam keadaan yang stabil.

Terdapat sejumlah 44 kes koronavirus di Singapura, pesakit berusia di antara 1 dan 78 tahun.

Seramai tiga belas daripada mereka telah diuji negatif.

Perkembangan terbaharu ini diumumkan selepas pengesahan kes pertama membabitkan penduduk Wuhan berusia 66 tahun yang tiba di Singapura dari Guangzhou pada 20 Januari lalu.

Lelaki itu kini sedang diasingkan di Hospital Singapura dan dalam keadaan yang stabil, kata pihak berkuasa.

Pengesanan dibuat turut mengenal pasti kira-kira 30 orang yang duduk berhampiran lelaki itu semasa penerbangan ke Singapura.

Sembilan rakan yang turut bersama-samanya ke Singapura juga dikenal pasti. Salah seorang daripada mereka adalah anaknya yang berusia 37 tahun, yang kini disahkan mempunyai virus berkenaan.

Lapan yang lain telah meninggalkan Singapura. – Agensi

Tags: ChinakoronavirusSingapurawabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd