• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

29,619 Pengundi Kimanis Mengundi Esok

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Seramai 29,619 orang daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu mereka esok.

Sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 68 saluran akan dibuka dari jam 7.30 ‪pagi hingga 5‬ petang bagi membolehkan pengundi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih berdaftar.

Parlimen Kimanis mempunyai 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi dan berdasarkan jumlah itu lapan daripada sembilan orang sudah mengundi awal pada Selasa lepas, manakala 35 adalah pengundi pos dan seorang pengundi tidak hadir (PTH) yang berada di luar negara.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 653 petugas pilihan raya bagi mengendalikan proses pengundian esok.

Pusat penjumlahan rasmi undi yang ditetapkan bagi PRK Parlimen Kimanis ialah di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort.

SPR sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK itu adalah kira-kira 70 peratus dan keputusan pengundian dijangka diumumkan sebelum 10 malam.

Tempoh rasmi berkempen yang bermula sejak hari penamaan calon pada 4 Januari lepas akan berakhir pada 11.59 malam ini.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu ‪pada 16 Ogos‬ tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Tags: pengundiPRK KimanisSabahwakil rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menafikan tohmahan beberapa pihak menuduhnya tidak mengambil berat nasib penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd