• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusoff Rawther Sedia Jalani Ujian Poligraf – Haniff

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa Anwar Ibrahim melakukan serangan seksual terhadapnya, sedia menjalani ujian poligraf untuk membantu siasatan kesnya.

Peguamnya Haniff Khatri Abdullah berkata, walaupun mungkin tidak diterima mahkamah, anak guamnya percaya ujian yang pernah digunakan agensi penguatkuasaan tempatan itu boleh membantu “melengkapkan siasatan mereka secara adil dan muktamad”.

“Beliau sanggup dan bersedia menjalani ujian poligraf pada bila-bila masa, tarikh dan tempat yang ditentukan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Yusoff juga tahu seperti ujian forensik lain, tiada peruntukan undang-undang khusus untuk melakukan ujian poligraf dalam siasatan jenayah, tetapi percaya dengan adanya teknologi sedemikian dalam bidang kuasa kita, ia patut digunakan dalam siasatan ini untuk menyokong dakwaannya, selain akuan berkanun sukarela yang disahkannya pada 19 November 2019.”

Minggu lalu, FMT melaporkan ujian poligraf antara pilihan dipertimbangkan polis dalam siasatan ke atas dakwaan serangan seksual Yusoff.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman melancarkan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seseorang, berdasarkan laporan polis Yusoff pada 7 Disember lalu.

Yusoff, cucu kepada aktivis pengguna terkenal, SM Mohamed Idris, sudah 2 kali disoal siasat polis Bukit Aman minggu lalu.

Dalam akuan berkanunnya, Yusoff berkata, beliau menolak cubaan Anwar mencabul kehormatannya ketika mereka bertemu di rumah presiden PKR itu pada 2 Oktober tahun lalu.

Ujian poligraf yang digunakan polis, tentera dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan mereka, akan mengesan gerak balas fisiologi seperti tekanan darah, denyutan nadi dan pernafasan untuk mengesan sebarang pembohongan berdasarkan soalan dikemukakan penyiasat. – FMT

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff Rawthersalah laku seksualujian poligraf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd