• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wang Simpanan Azhan Rani Hilang Disedut Scammer

oleh
28/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pelakon Azhan Abdul Rani atau dikenali sebagai Azhan Rani mengakui pernah menjadi mangsa penipuan atau ‘scammer’ sehingga hilang wang simpanan hasil titik peluhnya bekerja siang malam dalam sekelip mata.

Pelakon yang sinonim dengan watak Ustaz Hamadi itu berkata, kejadian pada dua tahun lalu memberi pengajaran besar dalam hidupnya.

“Masih segar dalam ingatan saya ketika itu, saya berada dalam kepenatan kerana baru selesai penggambaran sebuah filem dan dalam perjalanan untuk menghadiri penggambaran siri Sembila, yang kini ditayangkan di Astro.

“Tiba-tiba saya dapat satu mesej mengenai pembelian daripada kredit kad sebuah bank yang tidak pernah wujud. Dek kelam-kabut, penat dan marah, maka saya terus hubungi nombor yang tertera,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, dari situ panggilan bertukar dari ‘pegawai A’ kepada ‘pegawai B’ dan seterusnya ke Bank Negara sehinggalah dalam sekelip mata wang simpanannya habis disedut keluar.

“Kejadian itu beri pengajaran besar dan menjadikan saya lebih berhati-hati pada masa akan datang. Bagi saya, masalah itu tidak pernah selesai.

“Memang ada penangkapan baru-baru ini, tapi belum ada sebarang pendakwaan, siapa yang berada di atas masih lagi terlepas. Cuma nasihat saya pada mereka di luar sana, berhati-hati, jangan mudah terpedaya,” katanya.

Azhan, 43, berkata, walaupun laporan polis dibuat sampai dua balai dan kertas laporan sehingga enam muka surat sekalipun, duit yang lesap itu tidak mungkin diperoleh semula.

“Saya mengakui apa yang berlaku adalah atas kebodohan diri sendiri dan saya berharap masalah penipuan atau scammer dapat diatasi.

“Kena ingatkan orang sekeliling terutamanya warga emas tentang taktik penipuan ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: azhan raniKes Penipuanscammerwang simpanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ambil Tindakan Pihak Ancam Ganggu Majlis Dong Zong – Kit Siang

Next Post

KDN Tambah Baik SOP Permohonan Kewarganegaraan

Related Posts

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

13/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya. IKUTI...

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

Wanita Pengarah Syarikat Rugi RM2.4 Juta Ditipu Scammer

20/11/2023
0

SHAH ALAM: Seorang wanita merupakan pengarah sebuah syarikat kerugian hampir RM2.4 juta akibat terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian...

Next Post

KDN Tambah Baik SOP Permohonan Kewarganegaraan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd