• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tulisan Jawi Dimuktamadkan Dalam Sukatan BM?

oleh
16/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan dikatakan telah memuktamadkan sukatan pelajaran tulisan Jawi untuk sukatan pelajaran Bahasa Malaysia murid tahun empat termasuk di sekolah jenis kebangsaan yang dijangka dilaksanakan bermula tahun depan.

Sukatan tersebut dilaporkan memberi tumpuan terhadap teks jawi pada lambang negara, duit kertas ringgit Malaysia dan setem.

Memetik laporan Malaysiakini, secara keseluruhannya sukatan tulisan itu mengetengahkan perkataan teks Jawi seperti ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ pada jata negara, ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ pada wang kertas serta perkataan ‘Malaysia’ pada setem.

“Pada minggu lalu, Kementerian Pendidikan telah memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman teks tulisan Jawi,” lapor portal itu hari ini.

Menurut Malaysiakini lagi, para guru diminta membimbing pelajar mengenali teks Jawi dan membentangkannya kandungan sukatan pelajaran itu yang dijangka diperkenalkan mulai tahun depan.

Dalam pada itu, sumber Kementerian Pendidikan memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa pihaknya akan menyemak mengenai kesahihan laporan itu dengan segera.

Sejak rancangan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan sukatan teks Jawi bagi murid tahun empat menerima pelbagai tentangan pelbagai pihak termasuk Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

Malah mereka dilaporkan akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember ini untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, gabungan persatuan itu turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.

Akhbar Sinchew Daily melaporkan kenyataan mereka, kedua-dua persatuan juga menegaskan peranan lembaga pengelola sekolah dalam membuat keputusan selain mahu Kementerian Pendidikan menarik balik garis panduan yang dikeluarkan. – Sinar Harian

Tags: Bahasa malaysiaSekolah Vernakularsukatan pelajarantulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Vernakular Tidak Bercanggah Perlembagaan Persekutuan

29/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil...

“Orang Muda Dah Tak Reti Tulis Jawi”

17/09/2021
0

KUALA LUMPUR - "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd