• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiba Masa Potong Elaun Menteri, Pegawai Tertinggi

oleh
27/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sudah tiba masanya kerajaan menilai semula kewajaran elaun yang diberi kepada menteri dan pegawai tertinggi sektor awam dalam keadaan ekonomi negara hari ini.

Penganalisis dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata, mana-mana elaun yang sudah tidak relevan wajar dipotong lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi negara yang tidak mengizinkan pembaziran.

“Selain pemansuhan elaun kritikal, kerajaan sepatutnya memikirkan bagaimana nak potong elaun menteri yang terlalu banyak. Sudah tiba masanya kerajaan menilai sama ada gaji dan elaun mereka sesuai atau tidak dalam keadaan ekonomi sekarang ini.

“Jadilah kerajaan yang mendengar suara rakyat yang sekarang ini mahu elaun menteri dipotong. Banyak lagi elaun lain yang boleh dikaji, yang tiada keperluan,” katanya kepada FMT ketika dihubungi baru-baru ini.

Rabu lepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada bakal penjawat awam baru yang dilantik bermula 1 Jan 2020.

Kenyataan itu menerima reaksi pelbagai pihak, termasuk Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membantah pemansuhan itu.

Malah di media sosial, rata-rata pengguna menuntut kerajaan memotong elaun menteri, bukannya elaun kakitangan awam terlibat.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, elaun pegawai tertinggi kerajaan seperti kategori Jusa dan Turus juga perlu dinilai dan mana-mana elaun yang sudah tidak wajar perlu dimansuhkan.

“Bukan sahaja golongan berpendapatan di bawah gred 54 diberi perhatian, tetapi perlu dilihat dalam kalangan pegawai Turus dan Jusa ini.

“Gaji ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga harus dinilai semula yang dilihat terlalu besar,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan tidak seharusnya hanya mengharapkan rakyat berkorban untuk negara.

“Bukan kerajaan sahaja meminta pengorbanan daripada rakyat, tapi rakyat juga ingin wakil rakyat berkorban daripada segi elaun diterima yang dilihat tidak munasabah. Sama-sama berkorban.

“Apabila berada di tampuk kuasa mereka seharusnya menjadi lebih sedar dan insaf dengan jurang kedudukan rakyat dan kedudukan mereka yang luas,” katanya. – FMT

Tags: BIPKekonomi negaraelaun kritikalMenteripegawai kerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agensi Tunggal Kawal Sempadan Diwujudkan

Next Post

Solat Sunat, Perbanyakkan Doa Ketika Gerhana

Related Posts

Menteri Diarah Beku Cuti, Pergi Bantu Mangsa Banjir

Menteri Diarah Beku Cuti, Pergi Bantu Mangsa Banjir

29/11/2024
0

Putrajaya : Cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan

Belanjawan 2025: PM Tak Ambil Gaji, Potongan Gaji Menteri Dan Lantikan Politik Diteruskan

18/10/2024
0

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak menerima gaji manakala menteri kabinet lain serta lantikan politik...

Next Post

Solat Sunat, Perbanyakkan Doa Ketika Gerhana

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd