• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tanda Mutasi Pada Virus Influenza – KKM

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat sedikit peningkatan kes influenza like illness (ILI) dan kadar kemasukan ke wad jangkitan respiratori teruk (severe acute respiratory infection/ SARI) sejak pertengahan Disember 2019.

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah peningkatan itu masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya.

Selain itu, tiada peningkatan ketara bagi wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan dalam tempoh yang sama.

Tambah beliau, analisa terhadap virus influenza yang dikesan melalui aktiviti pemantauan oleh KKM tidak menunjukkan sebarang tanda mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baharu (novel virus).

“KKM mengambil maklum mengenai sejumlah berita yang tular dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia mengenai peningkatan jangkitan influenza.

“Untuk makluman semua, jangkitan influenza tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan / notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Oleh yang demikian, di peringkat KKM, tiada rekod bagi setiap satu kes jangkitan influenza yang berlaku di Malaysia.

“Walau bagaimanapun, KKM masih memantau aktiviti influenza ini dengan menggunakan data proksi yang direkodkan dari aktiviti survelan melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti dari seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dr. Noor Hisham, di negara-negara beriklim tropika, jangkitan influenza dilaporkan sepanjang tahun namun dalam julat yang kecil berbeza dengan negara-negara beriklim sederhana dan sejuk.

Dengan itu, KKM katanya melakukan pemantauan aktiviti influenza sepanjang tahun bagi mengenal pasti trend jangkitan influenza di Malaysia dan mengesan sekiranya terdapat perubahan luar biasa pada virus influenza tersebut.

Tags: ILIKKMVirus Influenza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd