• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rekod Keluar Pelancong China, India Membimbangkan

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu lambakan pelancongan asing dari China dan India yang tidak mempunyai rekod keluar dari negara ini amat membimbangkan.

Ketua Penerangan PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, perkara itu serius dan boleh menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara jika tidak ditangani segera.

Beliau berkata, menurut laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, sepanjang 2016 sehingga 2018, sebanyak 79,799 data ketibaan warga China dan 41,243 warga India melawat ke negara ini.

Namun, Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) merekodkan 76,258 atau 95.6 operatus warga China dan 39,806 (96.5%) warga India tidak mempunyai rekod keluar.

Pada 21 Ogos lalu pula, telah berlaku gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama tiga hari, yang menjadi catatan hitam dalam sejarah negara.

“Dalam tempoh tersebut, tular di media sosial segerombolan warga China masuk ke Malaysia atas tiket pelancong.

“Perkara ini dilihat sebagai satu tindakan terancang apabila Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) membuat laporan kepada Jabatan Imigresen dan polis supaya menyiasat kegagalan rangkaian di KLIA itu seperti satu tindakan berniat jahat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Kamaruzaman, apa berlaku itu seperti mempunyai kaitan dengan sindiket kad pengenalan, pasport dan sijil kelahiran palsu di Pulau Pinang menyebabkan lebih 20 suspek ditangkap termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang.

Manakala Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasagaran pula mengatakan pihaknya percaya sindiket itu bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, malah di negeri lain dan percaya sudah lama beroperasi.

“PAS menegaskan secara total agar menteri dan pihak berkuasa segera menyiasat sindiket kemasukan warga China dan India serta kaitannya dengan sindiket kad pengenalan palsu secara menyeluruh.

“Jangan kerana kepentingan pihak tertentu untuk mempertahankan kuasa politik, kedaulatan dan keselamatan negara tergadai di tangan orang asing,” tegasnya. – MalaysiaGazette

Tags: pelancong asingWarga Chinawarga india
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd