• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Kes Ragut Maut Terperosok Bawah Kereta

oleh
30/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG – Seorang suspek kes ragut maut selepas terperosok bawah kereta dalam kejadian di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri di sini, pada jam 6.24 petang semalam.

Sebelum kejadian suspek yang menunggang sebuah motosikal dipercayai telah meragut rantai emas daripada seorang lelaki ketika mangsa ingin masuk ke dalam kereta.

Suspek sempat melarikan diri sebelum motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan kereta mangsa ragut itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, motosikal yang ditunggang suspek dipercayai melawan arus dan berhenti di tepi jalan secara mengejut.

Beliau berkata, pemandu kereta yang juga mangsa ragut berusia 44 tahun itu tidak sempat membrek lalu melanggar motosikal suspek hingga menyebabkan suspek terjatuh.

“Suspek yang mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Serdang, bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 7.52 petang,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Polis yang menjalankan siasatan kes itu turut menjumpai rantai yang diragut suspek terbabit.

Katanya, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga kes dadah, dua samun dan satu Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 41(1)” Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kemalangan mautperagutterperosok bawah kereta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd