• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Umum 2 Hari Lebih Awal Tapi Tiada Bantahan” – Najib

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada pihak yang melakukan bantahan sebelum ini sedangkan beliau mengumumkan hasrat melakukan sumpah laknat di Masjid Jamek Kampong Bharu dua hari lebih awal.

Menurutnya, tiada pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pejabat Mufti Wilayah menyatakan bantahan mengenainya.

“Saya sengaja umumkan untuk bersumpah dua hari lebih awal. Tujuan saya buat begitu adalah memberi ruang untuk pihak berkuasa agama seperti Jawi dan Mufti Wilayah membantah atau menghalang saya.

“Ini bukan kali pertama saya lakukan begini. Saya pernah mengumumkan untuk bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman (Universiti Malaya) lebih awal. Namun atas kesukaran dari pentadbiran masjid, saya batalkan hasrat dan tunaikan solat di Masjid Kerinchi yang berhampiran.

“Ya, saya orang yang mudah dibawa bincang. Jika ada bantahan awal, sudah pasti saya akan menarik kembali hasrat saya. Malangnya tiada,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Jumaat lalu Najib melafazkan Sumpah Mubahalah di Masjid Jamek Kampong Bharu bagi menafikan dakwaan beliau mengeluarkan arahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Najib melafazkan Sumpah Mubahalah itu selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan hari ini sambil disaksikan lebih 1,000 jemaah.

Menurutnya, selepas dua hari bersumpah, Jawi dan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan secara serentak mengeluarkan kenyataan.

“Mungkin ianya kebetulan. Walaupun begitu, saya tetap mengambil nasihat dan kritikan dengan hati yang terbuka.

“Hati saya cukup berat, ya mungkin ALLAH bagi saya petunjuk kepada saya bahawa isu bersumpah akan menjadi polemik besar,” katanya.

Sementara itu, Najib juga turut berkongsi doa yang pernah dibacakan oleh sahabat Nabi, Saad bin Abi Waqqas.

“… Demi Tuhan yang diriku dalam genggaman-Nya dan Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggamanMu.

“Ya ALLAH! Aku berdoa sebagaimana doa yang diucapkan oleh Saad bin Abi Waqqas terhadap mereka yang telah memfitnah, berdusta dan cuba menganiaya diriku.

“Ya ALLAH Azza wa Jalla, jika mereka itu berdusta, berdiri kerana riya’ atau sum’ah, maka panjangkanlah umurnya, jadikan kehidupan mereka dalam kefakirannya dan hadapkanlah dia kepada fitnah dan pembalasan-Mu Ya Allah.

“Ya ALLAH! Sekiranya aku tidak bersalah dan tuduhan mereka itu ternyata dusta, timpakanlah laknat-Mu ke atas mereka dan timpakanlah laknat-Mu ke atas ahli keluarga mereka. Sesungguhnya azab Mu amat berat sekali….

“Ya, anda lebih faqeh dalam bidang agama. Dan anda lebih tahu kesan doa orang teraniaya,” kata Najib.

Beliau melakukan sumpah laknat di Masjid Jamek Kampong Bharu selepas solat Jumaat.

Tindakannya itu susulan dakwaan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri bahawa Najib telah mengarahkan pembunuhan Altantuya pada 2006. – Sinar Harian

Tags: altantuya shaariibuuNajib Tun Razaksumpah laknatsumpah mubahalah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd