• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ronnie Pertahan Sertai Perjumpaan Bekas Ahli PKM

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pertemuan kira-kira 300 individu termasuk bekas ahli kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah dewan di Kajang kelmarin bertujuan menghargai perdamaian yang dikecapi hasil perjanjian 30 tahun lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Ronnie yang turut hadir pada perjumpaan itu berkata, tiada sebarang maksud lain dalam majlis yang dianjurkan.

“Saya rasa ramai yang salah faham. Perjumpaan itu diadakan sempena menghargai Perjanjian Perdamaian Hat Yai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989,” katanya.

Menurutnya, beliau dijemput ke majlis berkenaan yang turut menampilkan panelis daripada golongan akademik.

“Saya dijemput atas sebab untuk meraikan perdamaian. Siapa nak salahkan kalau mereka meraikan ‘perdamaian’.

“Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan. Jadi apabila ada yang kata perjumpaan sebegini untuk sebar ideologi dan sebagainya, ini tak benar sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja program terbabit, Wong Kam Leong berkata, pertemuan itu sekadar mengeratkan kembali hubungan di antara mereka yang sudah lama tidak bertemu.

“Kebanyakan bekas ahli PKM sudah berusia antara 60 hingga 80 tahun yang mana perjumpaan itu bertujuan memperkukuhkan kembali perkenalan mereka,” katanya. – Sinar Harian

Tags: parti komunis malayaRonnie liu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lil Bub Sudah Tiada

Next Post

Filipina Tunda Banyak Acara Elak Taufan Kammuri

Related Posts

Sensitiviti Islam: UMNO Minta DAP Ambil Tindakan Atas Ronnie Liu

02/11/2021
0

OK LANAS: Datuk Seri Mohd Alwi Che Ahmad meminta DAP mengambil tindakan ke atas Ronnie Liu Tian Khiew susulan satu...

Kaedah Taktikal Dan Psikologi Hapus Saki-Baki Komunis

02/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan Parti Komunis Malaya (PKM) merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata yang seterusnya membawa kepada pembubaran pasukan...

Next Post

Filipina Tunda Banyak Acara Elak Taufan Kammuri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd