• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri UMNO Tidak Mahu Pintu Belakang

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Puteri UMNO mengingatkan ahlinya agar tidak termakan umpan untuk mengejar kedudukan kerana tiada pintu belakang untuk berkuasa.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, UMNO perlu terus berdepan dan berjuang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Jangan pilih pintu belakang untuk berkuasa. Kita tak mau pintu belakang. Say No To Back Door! Jalan kita ialah jalan ke depan. Kita hadap dan kita lawan mereka dalam PRU yang akan datang.

“Cukup-cukuplah berunding di waktu malam. Cukup-cukuplah membenarkan diri kita diusung ke sana sini tanpa pengetahuan parti.

“Cukup-cukuplah bermain mata dengan orang yang cuba memusnahkan parti kita…cukup-cukuplah berpelukan dengan pihak yang rakyat pun sudah benci,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada 18 November lalu, sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir ke kediaman Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Presint 10, Putrajaya.

Isu tersebut menjadi pertikaian hangat dalam politik tanah air kerana mendakwa pertemuan itu bermotifkan untuk mendapatkan sokongan bagi menafikan cubaan menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui undi tidak percaya.

Bagaimanapun dalam reaksi balas pemimpin BN terlibat, pertemuan bersama Mohamed Azmin itu adalah bagi membincangkan peruntukan untuk disalurkan kepada kawasan-kawasan.

Sementara itu, dalam ucapan sama, Zahida menyifatkan pemimpin UMNO yang lompat parti kini ibarat melukut di tepi gantang dan tidak ‘dipandang’ oleh parti kerajaan.

“Ingatlah sudah berapa ramai Yang Berhormat dari kalangan kita dahulu, kini hilang kehormatannya?

“Mereka itu tak dapat apa-apa pun di sebelah sana. Orang kat sana tak pandang mereka dan orang kat sini pun tak ingin mereka lagi.

“Mereka itu seperti melukut di tepi gantang. Ada tidak dirasai, hilang tidak ingin dirindui. Tiada siapa yang pedulikan mereka,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Perhimpunan Agung UMNOPuteri UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi tempoh 24 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd