• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Tawar Hantar Pulang Bagasi Jemaah Umrah

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd. menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi ke tanah air kepada jemaah umrah bermula 1 Januari 2020 bagi memudahkan urusan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata, perkhidmatan itu bermatlamat untuk menyediakan pilihan perkhidmatan bagasi yang mudah dan tanpa ragu kepada jemaah selepas selesai mengerjakan umrah.

“Melalui perluasan perkhidmatan bagasi kami ini, jemaah Malaysia dapat memanfaatkan perkhidmatan ini untuk mengirim balik barangan mereka ke tanah air.

“Ia dapat membantu jemaah mengurangkan beban dan mengelakkan daripada dikenakan caj lebihan bagasi yang mahal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pos Malaysia mengenakan caj SR/RM20 bagi setiap kilogram untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan SR/RM25 bagi setiap kilogram ke Sabah dan Sarawak.

“Dua pilihan pembayaran disediakan, secara tunai dalam mata wang Riyal Saudi bagi penghantaran dari Makkah dan Madinah atau melalui kaedah bayar waktu terima sebaik sahaja barangan diterima di Malaysia,” katanya.

Selain itu, perkhidmatan pembungkusan juga disediakan bagi pelanggan yang memerlukan pembungkusan barangan dalam kotak dengan caj bermula dari SR8 untuk kotak saiz kecil, SR10 untuk kotak saiz sederhana dan SR12 untuk kotak saiz besar.

Buat sementara waktu, Pos Malaysia akan menyediakan perkhidmatan pengambilan secara temu janji melalui panggilan sehingga kaunter tetap disiapkan.

Tags: penghantaran bagasiPos Malaysiaumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd