• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perlu Siasat Dahulu Akuan Bersumpah Azilah – Musa

oleh
18/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis perlu menyiasat akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani Azilah Hadri berhubung dakwaan pembabitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Gesaan itu dibuat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi menentukan kebenarannya termasuk mereka yang menyediakan SD berkenaan.

Menurutnya, mahkamah sebelum ini juga telah mendengar dan menilai semua keterangan saksi sepanjang perbicaraan kes itu.

“Mahkamah sudah membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Musa adalah Ketua Polis Negara ketika warga Mongolia itu ditembak mati dan mayatnya diletupkan pada tahun 2006.

Pada tahun 2015, Musa turut menafikan dakwaan dokumentari Al-Jazeera yang mengaitkan Altantuya dengan Najib.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan bahawa Azilah, salah seorang daripada dua bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman mati mendakwa Najib terbabit dalam pembunuhan itu.

Azilah yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati di penjara Kajang menuduh Najib yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan Razak Baginda mengarahkan pembunuhan wanita Mongolia itu setelah meyakinkannya bahawa wanita berkenaan adalah perisik asing yang mengancam keselamatan negara.

SD tersebut difailkan bersama dengan afidavitnya untuk mengkaji semula keputusan Mahkamah Persekutuan dan memohon perbicaraan semula.

Sementara itu, Musa dalam kenyataannya di Twitternya menafikan pihak berkuasa cuba menutup kes yang berkaitan golongan kenamaan (VIP) apabila pengguna Twittter lain mengatakan rakyat telah bosan dengan layan istimewa tersebut.

“Polis tidak boleh menutup kes. Ia hanya menjalankan siasatan jika wujud jenayah. Yang mempunyai kuasa membuat pertuduhan dan membawa ke muka pengadilan adalah Jabatan Peguam Negara,” katanya. – Sinar Harian

Tags: altantuya shaariibuuazilah hadriMusa HassanNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Musa Hassan Nafi Tular Video Gaduh

Isteri Musa Hassan Nafi Tular Video Gaduh

30/03/2023
0

SHAH ALAM : Isteri bekas Ketua Polis Negara, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil menafikan beliau menyebarkan tiga klip video...

‘Tugas Polis Terima Laporan Dalam Apa Jua Situasi’ – Musa Hassan

‘Tugas Polis Terima Laporan Dalam Apa Jua Situasi’ – Musa Hassan

05/02/2023
0

PUTRAJAYA : Adalah menjadi tugas polis untuk menerima laporan dibuat oleh orang awam dalam apa jua keadaan dan bukan hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd