• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ke Rumah Anwar Sejurus Ambil Keterangan Di Bukit Aman

oleh
13/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menghantar penyiasat ke rumah Anwar Ibrahim sejurus merakam keterangan presiden PKR itu di Bukit Aman dalam siasatan ke atas laporan yang dibuat oleh bekas kakitangannya.

Perkembangan itu dimaklumkan sendiri oleh Anwar, yang sebelum itu berada di Bukit Aman selama lebih 2 jam hingga 6 petang tadi untuk disoal Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5).

“Sejurus itu mereka bersama saya yang turut disertai peguam Ramkarpal Singh ke rumah untuk melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

“Saya menghargai tindakan dan layanan pegawai polis yang menjalankan tugas dengan penuh profesional sepanjang proses berlangsung,” katanya.

Wartawan FMT di lokasi mendapati beberapa kenderaan polis dan pegawai berada di rumah Anwar di Bukit Segambut.

USJT Bukit Aman melancarkan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, berdasarkan laporan yang dibuat Muhammed Yusoff pada 7 Disember.

Seksyen tersebut berkenaan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.

Yusoff, bekas pembantu penyelidik di pejabat Anwar, dipanggil 2 kali ke Bukit Aman dengan ditemani peguamnya, Haniff Khatri Abdulla.

Dia dalam satu akuan berkanun, yang dilampirkan bersama laporan polisnya, menuduh Anwar cuba mencabul kehormatannya di rumahnya di Bukit Segambut.

Anwar sekeras-kerasnya menafikan dakwaan itu, mengatakan ia tidak berasas dan bermotif politik. – FMT

Tags: Anwar IbrahimBukit AmanMuhammed Yusoff Rawtherpolissalah laku seksual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd