• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Tak Perlu Dabik Dada Laksana 60% Janji Manifesto

oleh
10/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Barisan menteri yang dilantik selepas PRU lalu tidak perlu terlalu banyak bercakap, sebaliknya melakukan tanggungjawab bagi memastikan rakyat dapat melihat bukti pencapaian mereka.

Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr. Rusdi Omar berkata, menteri tidak perlu untuk mendabik dada walaupun benar sudah mampu melaksanakan lebih 60 peratus daripada janji-janji manifesto PRU lalu.

“Sama ada betul atau tidak (60 peratus pencapaian), ia adalah perkara subjektif. Rakyat hanya mahu kehidupan yang lebih baik daripada dahulu. Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang memberitahu, sebanyak 60 peratus daripada janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU lalu sudah ditunaikan.

Beliau juga berkata, rakyat ketika ini hanya perlu memberi masa kepada kerajaan PH bagi membetulkan masalah kewangan dan status ekonomi negara.

“Menteri jangan pandai bercakap sahaja sedangkan semua pihak tahu dan nampak kehidupan rakyat semakin teruk. Kenyataan itu akan menimbulkan ‘gelak besar’ kepada rakyat dan kebencian yang lebih mendalam selepas ini.

“Cara terbaik ialah selesaikan masalah ekonomi dan sara hidup rakyat serta kurangkan perbalahan sesama sendiri supaya pelabur luar negara dan rakyat yakin dengan mereka.

“Kalau janji itu sudah dibuat lebih 60 peratus, maka mereka sebarkan pada semua lapisan rakyat melalui media massa yang ada. Tapi rakyat lihat sebaliknya,” katanya.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pada ketika ini, rakyat perlu memberi masa kepada kerajaan PH bagi membetulkan masalah kewangan dan status ekonomi negara. – Sinar Harian

Tags: Lim Guan EngManifesto PHpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd