• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persidangan Bukan Untuk Sentuh Politik, Agama – Mahathir

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bertujuan untuk membincangkan soal pembangunan negara Islam.

Menurutnya, tujuan sidang itu bukanlah untuk menyentuh mengenai isu politik dan agama.

“Mesyuarat ini bukan sebab politik atau sebab agama. Ia berkaitan pembangunan negara Islam,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke Pusat Media Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada sidang kemuncak itu akan membuat pendirian mengenai isu Xinjiang dan pergolakan di Yemen.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, Malaysia boleh menerima kaum India dan Cina ke negara ini termasuk memberikan kewarganegaraan kepada mereka, namun duka cita apabila melihat kerajaan India yang mendakwa negara sekular tetapi mengambil tindakan terhadap segelintir orang Islam berhubung isu warganegara.

“Sudah tentu jika kita berada di situ, anda tahu apa akan terjadi, akan terjadi huru-hara dan ketidakstabilan dan semua akan sengsara,” katanya.

Ratusan penunjuk perasaan memenuhi jalan raya di India baru-baru ini selepas kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi menawarkan rang undang-undang kontroversi di Parlimen yang memberi kewarganegaraan kepada minoriti bukan Islam dari tiga negara jiran.

Menurut ahli politik pembangkang dan peserta protes, undang-undang tersebut adalah diskriminasi kepada umat Islam dan melanggar Perlembagaan sekular negara itu.

Tags: Chinasidang kemuncak KLUighurXinjiangYemen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd