• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Ketepi Prosiding Komital Lokman Adam 9 Januari

oleh
06/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 9 Januari tahun hadapan bagi mendengar permohonan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bagi mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk memulakan prosiding pengkomitan terhadapnya kerana didakwa mengugut seorang saksi dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa. Kunyalam yang mewakili pihak Peguam Negara memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya baru menerima satu afidavit daripada pihak pembelaan untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital itu.

Beliau berkata, pihak pendakwaan memerlukan masa dua minggu untuk meneliti dan menjawab afidavit itu.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee mewakili Lokman Noor.

Sementara itu, mengenai afidavit pihak pendakwaan untuk meminda pernyataan berkaitan prosiding komital, Hakim Sequerah berkata, mahkamah akan melihat perkara itu selepas pendengaran untuk mengetepikan permohonan kebenaran memulakan prosiding komital selesai.

Pada 22 Oktober lepas, Hakim Sequerah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman Noor bagi perbuatan menghina mahkamah yang dilakukan dua kali pada 25 September.

Dalam permohonan itu, Peguam Negara memohon perintah supaya Lokman Noor selaku responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.

Peguam Negara berkata, pada tarikh itu (25 September), responden dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut saksi, Amhari Efendi yang merupakan bekas pegawai khas Najib kerana memberi keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi.

Peguam Negara berkata, beliau juga akan memainkan rakaman video berhubung temu bual itu pada pendengaran prosiding komital jika mahkamah memberi kebenaran kepadanya untuk memulakan prosiding berkenaan.

Beliau berkata pada hari yang sama, Lokman Noor telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi yang merupakan saksi kelapan pihak pendakwaan berhubung keterangan yang diberikannya pada perbicaraan kes Najib.

Katanya, objektif atau tujuan tindakan responden adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi-saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap tertuduh pada perbicaraan.

Tags: Lokman Noor Adamprosiding komitalTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tembak Mati 3 Lelaki Edar Dadah, Buat Senjata Api

Next Post

Sekretariat Tetap Bentuk Institusi Muafakat Nasional

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

Next Post

Sekretariat Tetap Bentuk Institusi Muafakat Nasional

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd