• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan MH17 Diharap Mampu Tamatkan Penantian Waris

oleh
31/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prosiding mahkamah bagi meneliti tanggungjawab jenayah dalam insiden menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines, yang bermula pada Mac tahun depan, diharap mampu menamatkan penantian waris, anggota keluarga dan sanak-saudara mangsa untuk mendapatkan keadilan.

Duta Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo, berkata beliau percaya perkembangan baharu itu akan membantu mendapatkan keadilan untuk semua 298 orang yang berada dalam pesawat malang berkenaan, termasuk 15 anggota kru yang terkorban.

“Selepas lebih lima tahun penyiasatan, perbicaraan itu akan menjadi satu pencapaian yang penting dalam menamatkan penantian anggota keluarga serta sanak-saudara mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menganjurkan majlis makan tengah hari akhir tahun untuk wartawan dan editor agensi berita itu di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Pada 17 Julai 2014, pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh ketika melewati Donetsk di Ukraine.

Pasukan Penyiasat Bersama Antarabangsa (JIT) diketuai Belanda telah merumuskan bahawa MH17 telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia (terlibat dalam konflik dengan Ukraine) yang melancarkan peluru berpandu anti-pesawat BUK.

Pada Jun 2019, JIT yang terdiri daripada Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine telah mengumumkan bahawa empat individu iaitu tiga rakyat Russia dan seorang rakyat Ukraine, akan didakwa dalam insiden menembak jatuh MH17.

Pada 19 Jun, Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda telah mendakwa mereka atas pertuduhan membunuh.

Waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan terhadap tertuduh yang dijangka dibicarakan tanpa kehadiran pada 9 Mac 2020 di Mahkamah Daerah The Hague.

Dalam perkembangan lain, Nechytaylo berkata Ukraine yang juga antara pengeksport dan pengeluar utama minyak matahari dan tanaman biji-bijian, telah mengeksport minyak matahari ke Malaysia sebelum dieksport semula ke negara lain.

“Ukraine juga ingin mempelajari beberapa amalan terbaik Malaysia dalam menguruskan jemaah Haji ke Makkah kerana terdapat kira-kira dua juta orang Islam yang menetap di Ukraine,” kata duta itu yang kini bertugas di Kuala Lumpur bagi tempoh tiga tahun.

Mengulas ketibaan pelancong dari Ukraine ke Malaysia, beliau berkata purata kira-kira 1,000 orang dari Ukraine berkunjung ke Malaysia setiap bulan, yang mencatat pertumbuhan sebanyak 10 peratus setahun.

“Sebagai sebahagian daripada program kami untuk tahun depan, kami juga merancang mengadakan Festival Filem Ukraine untuk penonton wayang di Malaysia dengan membawa beberapa filem terbaik,” katanya sambil menambah bahawa Ukraine menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak empat peratus tahun ini.

Tags: Malaysia AirlinesMH17pesawat ditembakUkraine
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rancangan ‘Aneh’ Ambil Alih Malaysia Airlines Ditolak

Next Post

Pembuangan Sisa Glycerine Punca Ikan Mati Di Rawang

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

Tular Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine, Ahli Keluarga Enggan Komen

Tular Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine, Ahli Keluarga Enggan Komen

31/10/2024
0

KANGAR - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan individu yang dikenal pasti sebagai tentera upahan asing di Ukraine...

Next Post

Pembuangan Sisa Glycerine Punca Ikan Mati Di Rawang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd