• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Rogol EXCO Perak Ditetapkan 5 Hari

oleh
05/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perbicaraan kes EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia ditetapkan selama lima hari bermula 10 hingga 14 Februari tahun depan.

Hakim Norashima Khalid menetapkan tarikh perbicaraan itu ketika prosiding pengurusan kes berkenaan hari ini.

Tertuduh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu bagaimanapun tidak hadir pada prosiding berkenaan disebabkan perlu menghadiri mesyuarat membabitkan portfolionya.

Paul Yong didakwa merogol mangsa berusia 23 tahun antara jam 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu di sebuah bilik di tingkat atas di Desa Meru 2, Meru Desa Park, Meru Raya.

Pihak pembelaan diwakili peguam Farhan Sapian manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman.

Kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh berkenaan dan pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil seramai 24 saksi pendakwaan serta memohon jurubahasa Indonesia pada perbicaraan itu nanti.

Terdahulu, Farhan memohon mahkamah supaya menetapkan tarikh sebutan semula dan bukannya perbicaraan disebabkan pihak pembelaan sudah memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Pada 26 November lalu, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Paul Yong untuk memindahkan kes itu kerana tidak mempunyai merit untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Azhar kemudiannya memohon mahkamah supaya menetapkan tarikh perbicaraan secepat mungkin bagi memberikan keadilan kepada semua pihak bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada tertuduh yang ingin membersihkan namanya.

Peguam pemerhati mewakili pihak kedutaan Indonesia dan mangsa, Azura Alias turut memohon mahkamah supaya mempercepatkan kes itu kerana ia akan memberikan kesan emosi kepada mangsa sekiranya masih tertangguh.

Norashima kemudiannya menetapkan tarikh berkenaan selepas meneliti hujah dari pihak pendakwaan dan pembelaan. – BH Online

Tags: ADUN DAPExco Perakpaul yong choo kiongrogol pembantu rumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Permaisuri Agong Turut Berduka Pemergian Nassier Wahab

Next Post

“Hebak Anak Muda Kampong!”

Related Posts

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

26/08/2023
0

Orang ramai di negeri ini dinasihat supaya segera ke klinik atau hospital berhampiran jika terdapat gejala cacar monyet (mpox). (Ada...

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

26/07/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes buli di sebuah sekolah sukan negeri di Gunung Rapat, di...

Next Post

"Hebak Anak Muda Kampong!"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd