• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Nafi Bincang Kes Rafizi Dengan Pengerusi SPR

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini berkata, beliau tidak berbincang dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun kes mahkamah melibatkan naib presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Ya, saya tidak bercakap dengannya (Azhar) mengenainya,” kata beliau menjelaskan laporan theedgemarkets.com pada Jumaat yang memetiknya berkata demikian, lapor portal berita itu hari ini.

“Berhubung rayuan terhadap pembebasan itu, kami sudah pasti akan menariknya balik,” tambah beliau.

Azhar hari ini mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan bahawa beliau tidak membincangkan kes Rafizi dengan Tommy.

Katanya, beliau menyokong kuat prinsip pemisahan kuasa dan tidak mempunyai sebab untuk membincangkan kes tersebut dengan peguam negara.

Pada 15 November, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan dan melepaskan Rafizi selepas membatalkan sabitan beliau tahun lepas kerana mendedahkan akaun bank membabitkan National Feedlot Corp. (NFC) dan pengerusinya Salleh Ismail.

Jumaat lepas, peguam Rafizi, Nik Zarith Nik Moustapha memberitahu pemberita beliau dimaklumkan oleh Jabatan Peguam Negara bahawa ia akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan itu.

Berikutan itu Tommy berkata, beliau terkejut dengan pemfailan rayuan tersebut kerana pegawainya telah diarahkan tidak berbuat demikian. – FMT

Tags: Azhar Azizan HarunNFCRafizi RamliTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd