• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Dijangka Buka Semula Kes Altantuya

oleh
24/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dijangka membuka semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dua bekas pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang juga pengawal pengiring Najib disabitkan kesalahan membunuh wanita berkenaan pada 2006.

“Semua orang mengetahui bahawa adalah tidak masuk akal bahawa hanya kedua-dua mereka yang dipersalahkan. Kita tahu bahawa cerita itu tidak lengkap,” kata Tommy dalam temubual bersama Bloomberg, Jumaat lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap dua lelaki itu yang dilihat tidak mempunyai motif menyakinkan, manakala kenyataan akuan bersumpah (SD) terbaru oleh Azilah menunjukkan ada fakta terhadap sebab pembunuhan.

“Lebih banyak untuk polis melakukan siasatan dan kami akan melihatnya,” katanya apabila ditanya jika beliau akan membuka semula kes berkenaan.

Azilah sebelum ini memohon supaya Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya dengan membuat kenyataan bersumpah yang mengejutkan.

Dalam kenyataan itu, Azilah antara lain mendakwa bekas Perdana Menteri itu mengarahkan beliau menahan, seterusnya membunuh wanita berkenaan yang didakwa sebagai ejen pengintip asing yang mengancam keselamatan negara.

Najib menafikan sebarang pembabitannya dalam kes itu, malah turut melakukan sumpah laknat, Jumaat lalu, dengan menyatakan beliau tidak pernah membuat arahan berkenaan atau bertemu wanita terbabit.

Pendirian Peguam Negara itu dilihat memberi kelegaan kepada bapa Althantuya, Shaariibuu Setev yang sejak lebih sedekad lalu cuba untuk mencari keadilan di atas kematian anak perempuannya.

Malah, beliau mendesak Malaysia membawa pulang seorang daripada suspek pembunuhan anak perempuannya, yang melarikan diri ke Australia, supaya dapat memberi maklumat sebenar di sebalik kes berkenaan. – BH Online

Tags: altantuya shaariibuuPeguam NegaraTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

13/08/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd