• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Rumah Exco Belum Ada Bukti Kaitkan Kes Rogol

oleh
09/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti untuk mengaitkan kejadian pecah rumah Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong yang dilaporkan 1 Disember lalu dengan kes pertuduhan rogol yang dihadapinya.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan yang dijalankan setakat ini lebih menjurus kepada pecah rumah.

“Kita tak berani nak cakap sebab ini kes ‘genuine’ pecah rumah, jadi kita belum tahu ada kaitan atau tidak melibatkan dakwaan merogol itu.

“Mengenai bilik pembantu rumah yang tidak digeledah itu, kita dapati memang tiada barang di bilik berkenaan, hanya ada katil dan tempat menggosok (baju),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Jalinan Kasih PDRM Perak bersama Anak-anak PDRM sempena cuti sekolah di Pasaraya Mydin Meru Raya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Paul Yong yang tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan kes pertuduhan rogol yang dihadapinya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu berkata, kes tidak melibatkan sebarang kehilangan barang berharga sebaliknya hanya beberapa dokumen penting yang tersimpan dalam dua peti besi.

Kesemua ruang empat bilik di tingkat dua rumah berkenaan diselerakkan, namun bilik bekas pembantu rumah tidak digeledah.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, polis telah pun menjalankan risikan dan mengambil keterangan semua yang terlibat termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya, ia termasuklah mengenal pasti individu yang baru menyewa di kawasan kejiranan itu.

“Cap jari yang berjaya ditimbulkan pihak forensik masih dalam peringkat analisa, sekiranya satu jawapan positif, kita akan bertindak mengesan suspek,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ADUN DAPExco Perakpaul yong choo kiongrogol pembantu rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

Segera Ke Klinik, Hospital Jika Ada Simptom Cacar Monyet – Exco Perak

26/08/2023
0

Orang ramai di negeri ini dinasihat supaya segera ke klinik atau hospital berhampiran jika terdapat gejala cacar monyet (mpox). (Ada...

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

Kes Buli: Pelajar Sekolah Sukan Ditendang, Dipijak Senior – EXCO Perak

26/07/2023
0

IPOH : Kerajaan negeri menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes buli di sebuah sekolah sukan negeri di Gunung Rapat, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd