• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Berani Sangat Acu Parang Kepada Polis

oleh
20/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI MANJUNG – Seorang pemandu lori mengacukan parang kepada polis yang mengejarnya selepas dia disyaki terbabit dalam cubaan mencuri besi di kedai makan di Seri Manjung, Manjung, semalam.

Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, suspek memandu lori lebih tiga kilometer dari Seri Manjung hingga ke Sitiawan untuk melarikan diri daripada ditahan polis.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung berjaya menahan lelaki berusia 40-an terbabit.

Difahamkan, orang awam turut membantu dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek dipercayai cuba mencuri besi di premis berkenaan dan melarikan diri dengan memandu lori berseorangan.

Menurutnya, anggota URB bertindak mengejar suspek hingga ke Sitiawan dan berjaya menghentikan kenderaan berkenaan.

“Ketika membuat tangkapan suspek mengacukan parang ke arah anggota namun polis berjaya menahan lelaki itu.

“Polis turut merampas parang berkenaan dan lori yang dipandu suspek dibawa ke IPD Manjung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, hasil ujian awal saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek direman selama dua hari sehingga hari ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya. – BH Online

Tags: mencuri besipolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hanya Fokus Wajibkan CRS Pada Kenderaan Persendirian

Next Post

Majikan, Pekerja Kritik Gaji Minimum RM1,200

Related Posts

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

11/08/2025
0

SIPITANG: Polis meningkatkan rondaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini bagi memastikan keselamatan dan privasi penduduk susulan...

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Next Post

Majikan, Pekerja Kritik Gaji Minimum RM1,200

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd