• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Datuk K Antara Disebut Dalam Perbicaraan Zahid

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Ishar Ahmad, 50, menyatakan pada Mahkamah Tinggi hari ini, beliau pernah meminta pertolongan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K untuk bertemu dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang merupakan saksi ke- 21 berkata, tujuan asal perjumpaan itu berkenaan adalah bagi mendapatkan bantuan mengurangkan jumlah modal berbayar daripada RM10 juta kepada RM5 juta untuk perniagaan arang batu.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Armada Holdings Sdn. Bhd. berkata, pada pengetahuan umum, Datuk K adalah sahabat lama Ahmad Zahid.

“Pada 2015, syarikat memerlukan modal berbayar RM10 juta bagi memenuhi syarat minimum berdaftar sebagai pembekal arang batu Indonesia untuk kontrak TNB Fuel Services Sdn. Bhd. (TNB Fuel) namun tidak mempunyai jumlah modal mencukupi dalam akaun.

“Jadi bagi mendapatkan projek dan keperluan berdaftar dengan TNB Fuel, saya menghubungi rakan termasuk Datuk K, sekiranya mereka boleh meminjamkan modal berjumlah RM10 juta,” katanya.

Beliau yang membacakan pernyataan saksi berkata, Datuk K bersetuju untuk membantunya dan berjumpa Ahmad Zahid yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya, Ahmad Zahid menasihatkan beliau tidak boleh campur tangan dalam urusan dan dasar yang TNB ditetapkan itu.

“Ahmad Zahid memberi cadangan untuk mengaturkan dari segi kewangan bagi tempoh singkat.

“Buat pertama kali, saya dan Datuk K pergi ke pejabat Ahmad Zahid di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya dan perjumpaan berlangsung hampir 20 minit.

“Selepas itu, saya dijemput secara lisan oleh Ahmad Zahid sendiri di Taman Tasik Titiwangsa, menyuruh saya datang ke Parlimen keesokan harinya bersendirian,” katanya.

Dalam prosiding sama, Wasi berkata, pada perjumpaan kali kedua itu Ahmad Zahid mengarahkan pegawai Affin Bank untuk menyerahkan cek berjumlah RM10 juta.

“Selepas menerima cek itu, saya berjumpa semula dengan Ahmad Zahid dan beliau memberi tempoh sebulan untuk saya membayar semula pinjaman itu.

“Saya meneliti butiran maklumat cek itu, ia dikeluarkan oleh Yayasan Akalbudi kepada syarikat saya, bagaimanapun Ahmad Zahid tidak memaklumkan kepada saya bahawa wang pinjaman diberikan itu adalah daripada Yayasan Akalbudi,” katanya.

Dalam prosiding sama, ketika sesi soalan tambahan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin, saksi itu memberitahu Datuk K tidak mempunyai sebarang peranan dalam syarikatnya.

Nur Aishah Maulat: Boleh terangkan peranan Datuk K dalam Armada Holdings Sdn. Bhd.?

Wasi: Beliau adalah sahabat saya dan tidak ada peranan dalam syarikat itu.

Nur Aishah Maulat: Benarkah Datuk K adalah kenalan akrab dengan Ahmad Zahid?

Wasi: Ya.

Nur Aishah Maulat: Bagaimana anda tahu tentang perkara ini?

Wasi: Umum mengetahui Ahmad Zahid dan Datuk Khalid adalah sahabat lama.

Perbicaraan bersambung esok. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiDatuk KKhalid Mohamad Jiwa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd