• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Bidas Tommy ‘Tak Tahu’ Mengenai Beberapa Kes Penting

oleh
14/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas Peguam Negara, Tommy Thomas kerana mendakwa tidak tahu berhubung beberapa kes penting di mahkamah.

Bekas perdana menteri berkata demikian selepas Tommy mendakwa tidak tahu berhubung langkah jabatan beliau memfailkan satu permohonan rayuan baru-baru ini.

Tommy sebelum ini dilaporkan berkata rayuan yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan mahkamah membebaskan naib presiden PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) dibuat tanpa pengetahuannya.

Jabatan itu kemudiannya menarik balik rayuan terhadap Rafizi yang dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan mendedahkan akaun bank berkait National Feedlot Corporation (NFC).

Najib berkata, ia bukanlah kali pertama Tommy mendakwa tidak tahu tentang kes yang difailkan.

Beliau berkata, menurut seorang ahli Parlimen DAP, pada April, Tommy dilaporkan berkata, beliau sendiri akan menyiasat kenapa mahkamah membebaskan seorang majikan yang didakwa mendera dan membunuh pembantu rumah warga Indonesianya di Pulau Pinang.

Pada Julai, Tommy juga dilaporkan berkata, beliau tidak tahu tentang rayuan balas yang difaikan terhadap sabitan dan hukuman ke atas seorang penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin kerana menghasut.

Menurut Najib lagi, sekali lagi pada Julai, Tommy juga menafikan terlibat dalam pemfailan satu afidavit di Mahkamah Rayuan bahawa pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tidak mati kerana dipukul.

“Dalam afidavit yang difailkannya pada 19 Julai, Thomas berkata walaupun terdapat 1,200 pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara, beliau tidak mengeluarkan arahan kepada mereka mengenai tugas harian masing-masing,” kata Najib di Facebook.

Najib juga menyenaraikan kes pada November yang menyaksikan Tommy mendakwa tidak tahu mengenai pembatalan 2 pertuduhan tambahan terhadap ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kerana didakwa terbabit dengan Harimau Pembebasan Tamil Elam (LTTE).

“Ini dah 5 kes ‘tidak tahu’ dalam masa 8 bulan untuk satu jabatan kerajaan dengan 1,200 kakiktangan sahaja,” katanya. – FMT

Tags: Najib Tun RazakPeguam NegaraTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

13/08/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd