• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Gagal Penuhi Sasaran 70 Emas, Kedudukan 4 Terbaik

oleh
11/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Kontinjen Malaysia dengan penyertaan besar 773 atlet gagal mencapai sasaran 70 pingat emas dan kedudukan empat terbaik keseluruhan pada temasya Sukan SEA ke-30 di Filipina.

Berbaki sehari sebelum temasya dwitahunan itu melabuhkan tirainya malam esok, kontinjen Malaysia mencapai kedudukan kelima carta pungutan pingat dengan mengumpul 55 emas, 58 perak dan 71 gangsa, ketinggalan 170 peratus pungutan emas oleh juara keseluruhan Filipina.

Filipina muncul juara keseluruhan buat kali kedua selepas edisi 2005.

Filipina mengumpul 149 pingat emas, 117 perak dan 119 gangsa diikuti kebangkitan kuasa besar baharu serantau, Vietnam dengan 96 emas, 85 perak dan 104 gangsa (96-85-104).

Vietnam muncul sebagai kontinjen yang perlu diberi perhatian apabila merangkul ibu segala pingat buat pertama kali selepas lima final dengan menewaskan Indonesia 3-0 pada final bola sepak serta muncul juara keseluruhan acara olahraga dengan menggondol 16 daripada 49 emas dalam sukan itu.

Thailand pula menguni tangga ketiga dengan catatan 92-102-122 diikuti Indonesia 72-83-111 di tempat keempat.

Skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita menjadi menyumbang emas penutup kontinjen Malaysia apabila mengalahkan masing-masing mengalahkanThailand 3-1.

Pada aksi hari terakhir kontinjen Malaysia, skuad olahraga menghadiahkan dua emas, masing-masing menerusi Muhammad Hakimi Ismail dan Muhammad Irfan Shamsuddin dalam acara lompat kijang dan lempar cakera lelaki.

Muhammad Hakimi menepati ramalan selaku jaguh nombor satu lompat kijang Asia Tenggara setelah mencatat emas hatrik sejak edisi 2015 di Singapura menerusi catatan 16.68 meter, manakala Muhammad Irfan pula mengekalkan emas yang dimenangi sejak edisi 2013 di Myanmar setelah melakar balingan sejauh 57.29 meter.

Kontinjen Malaysia diwakili seramai 773 atlet dan 339 pegawai menyertai 52 daripada 56 acara di tiga kluster, iaitu Manila, Clark dan Subic.

Sukan SEA 2019 selama 11 hari itu akan melabuhkan tirai dengan upacara penutupan rasmi di Stadium Olahraga New Clark City yang dijangka akan disempurnakan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Vietnam bakal menjadi hos Sukan SEA pada 2021.

Tags: FilipinaPingat EmasSukan SEA Ke-30
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Lulus Cadangan Kenaikan Harga Program Televisyen RTM

Next Post

Kawasan Letusan Gunung Berapi Umpama Mini Chernobyl

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

Kawasan Letusan Gunung Berapi Umpama Mini Chernobyl

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd