• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Macau Scam: Tempoh Reman 680 Warga China Dilanjutkan

oleh
04/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tempoh tahanan reman 680 warga China yang ditahan dipercayai sindiket Macau Scam dilanjutkan lagi 14 hari.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, perintah lanjutan reman itu berkuat kuasa hari ini.

“Tempoh reman telah tamat semalam dan dilanjutkan lagi 14 hari kerana melibatkan jumlah yang ramai iaitu 680 orang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sedang mengenal pasti penglibatan warga China tersebut.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Akta Imigresen dan pihak kami belum dapat mengenal pasti sama ada mereka terlibat dengan Macau Scam atau sebaliknya,” katanya pada sidang media operasi khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Imigresen di Ibu Pejabat JPJ di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Pada 20 November lalu, Imigresen menahan mereka dalam serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, seramai 680 warga negara China termasuk 77 wanita masing-masing berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan.

Operasi dilakukan dengan kekuatan 150 pegawai penguat kuasa dan turut merampas 8,230 telefon bimbit, 174 komputer riba dan 787 komputer peribadi.

Sementara itu mengulas mengenai jumlah pelancong China sebanyak 23 peratus atau 18,341 yang belum meninggalkan negara, beliau berkata, isu teknikal yang melibatkan kelemahan sistem menyebabkan wujudnya perbezaan angka dengan Jabatan Audit Negara.

“Ada kemungkinan juga mereka ini adalah pemegang pas lawatan sosial jangka panjang contohnya isteri atau suami kepada warga tempatan, mungkin pelajar, mungkin juga pekerja, mungkin juga ekspatriat,” katanya.

Menurutnya, Imigresen sedang mengkaji secara mendalam berhubung perkara itu.

“Seperti mana saya maklum, pihak kami akan mengadakan pertemuan semula dengan Jabatan Audit Negara selepas ini,” katanya.

Tags: Macau Scamtahanan remanWarga China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd