• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Kes Juruteknik, Pemandu Teksi Ke Mahkamah Tinggi

oleh
12/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Mahkamah Sesyen di sini, memindahkan kes seorang juruteknik dan pemandu teksi atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Rohaida Ishak membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd Rahman memaklumkan bahawa pihaknya telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes S Arivainthan dan V Balamurugan itu.

“Mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Permohonan berhubung jaminan juga boleh dikemukakan di mahkamah itu,” katanya pada prosiding sebutan semula kes itu, hari ini.

Terdahulu, Rohaiza mengemukakan permohonan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi​​​​​ mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam prosiding sama, peguam Matthews Jude yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa kedua-dua anak guamnya sudah membuat aduan mengikut Seksyen 128 dan 131 Kanun Tatacara Jenayah terhadap seorang anggota polis kerana didakwa memberi layanan tidak baik ketika dalam perjalanan pergi dan balik dari Penjara Sungai Buloh, Selangor ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar.

Rohaida bagaimanapun memanggil pihak berkaitan, termasuk kedua-dua tertuduh dan anggota polis terbabit masuk ke dalam kamarnya sebaik prosiding itu tamat.

Sementara itu, Matthews ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, Rohaida akan membuat satu laporan dan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 133 Kanun Tatacara Jenayah supaya pihak pendakwaan menjalankan siasatan terhadap dakwaan kedua-dua tertuduh itu.

“Notis itu akan dikemukakan dalam masa tujuh hari dan kami akan menunggu siasatan lanjut dan juga apakah keputusan terhadap seorang anggota polis yang dinamakan dalam kamar hakim Mahkamah Sesyen.

“Selebihnya bergantung kepada mahkamah untuk putuskan sama ada terdapat suatu kesalahan atau tidak,” katanya.

Selepas prosiding hari ini, Mahkamah Sesyen membenarkan kedua-dua tertuduh berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing kerana akses untuk menemui keluarga mereka sangat terhad sejak direman pada 10 Oktober lalu.

Pada 29 Oktober lalu, Arivainthan, 27, dan Balamurugan, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, sejak 2014.

Tags: LTTEMahkamah Tinggipengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

30/01/2026
0

PETALING JAYA: Pelajar berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Bandar Utama pada Oktober tahun...

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

26/12/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd