• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Mohon Maaf, Minta Pesakit Kanser Datang Ke Pejabat

oleh
23/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memohon maaf kepada keluarga seorang pencarum KWSP berhubung pengalaman perkhidmatan kurang menyenangkan yang dialami mereka.

“KWSP ambil maklum mengenai berita yang sedang tular berkaitan pengalaman perkhidmatan salah seorang ahli KWSP di Johor Bahru.

“KWSP amat kesal dan mohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami ahli tersebut dan keluarganya.

“Pihak KWSP telah menghubungi dan berjumpa dengan ahli tersebut dan keluarganya untuk memahami situasi ini dengan lebih lanjut,” menurut Jabatan Perhubungan Korporat KWSP dalam satu kenyataan.

Dilaporkan seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kesal kerana kakaknya yang merupakan pencarum KWSP dan terlantar sakit akibat kanser dibawa menaiki ambulans ke pejabat berkenaan bagi pengesahan cap jari untuk memohon pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan rawatan.

Selain membantu kes pencarum tersebut, KWSP juga akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada dalam memberikan perkhidmatan lebih baik dan prihatin kepada ahli.

KWSP menegaskan pihaknya sentiasa mengambil berat aduan atau maklum balas pencarum mengenai tahap perkhidmatan untuk tujuan penambahbaikan berterusan.

Tags: KWSPPencarumpesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd